
PETALING JAYA: Kadar Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dinaikkan kepada RM3.30 sekilogram daripada RM3 ketika ini menerusi Belanjawan 2027.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kadar baharu berkenaan akan memberi manfaat kepada lebih 300,000 pekebun kecil getah.
“Setakat September lalu, seramai 290,000 pekebun kecil menerima RM400 sebulan sebagai bantuan subsidi termasuk petani, penternak serta pengusaha kecil sawit, getah, koko, lada dan kenaf.
“Sebanyak RM30 juta turut disediakan bagi membendung penyakit dan serangan perosak tanaman termasuk Ganoderma, ulat bungkus dan koya dalam sektor sawit serta penyakit tanaman koko dan lada” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat di sini hari ini.- UTUSAN






