Belanjawan 2027: 53,000 pemandu teksi dan bas sekolah terima bantuan RM1,000 minggu depan

LocalPolitics
9 Oct 2026 • 5:25 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Belanjawan 2027: 53,000 pemandu teksi dan bas sekolah terima bantuan RM1,000 minggu depan Image from: Belanjawan 2027: 53,000 pemandu teksi dan bas sekolah terima bantuan RM1,000 minggu depan amree09/10/2026 - 17:25 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 9 Okt — Kerajaan akan menyalurkan bantuan khas kewangan sekali beri sebanyak RM1,000 kepada kira-kira 38,000 pemandu teksi termasuk kereta sewa serta 15,000 pemandu bas sekolah di seluruh negara mulai minggu depan.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan itu dibiayai menerusi hasil penjualan nombor pendaftaran kenderaan khas siri H yang dilancarkan sempena sambutan Hari Malaysia 2026.

 

Beliau yang juga Menteri Kewangan mengumumkan khabar gembira tersebut ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

 

"Hasil daripada penjualan nombor pendaftaran khas itu turut dikembalikan kepada rakyat menerusi pelbagai inisiatif," jelasnya. 

 

Ini ujarnya, termasuk bantuan tiket penerbangan RM500 kepada mahasiswa, ujian lesen motosikal kelas B2 secara percuma untuk golongan muda miskin serta pengagihan topi keledar percuma.

 

Nombor pendaftaran khas siri H dilancarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada 14 September 2026 sempena Hari Malaysia, dengan bidaan bagi nombor H 1 hingga H 9999 dibuka dari 16 hingga 20 September menerusi sistem JPJeBid.

 

Siri itu merupakan siri nombor pendaftaran satu huruf terakhir yang ditawarkan JPJ dengan merekodkan kutipan RM91.21 juta, termasuk RM89.27 juta hasil bidaan dan RM1.94 juta fi perkhidmatan. Nombor H 1 mencatat bidaan tertinggi pada RM10.78 juta.

 

Dalam pada itu, Anwar berkata, hasil pembaharuan tadbir urus perlu dimanfaatkan bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat, termasuk golongan yang menyumbang kepada perkhidmatan pengangkutan awam.

 

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan akan memperbaharui undang-undang jenayah dan keterangan, memperkukuh pembelaan awam serta meningkatkan perlindungan kepada mangsa, kanak-kanak dan golongan rentan.

 

Kerajaan juga sedang mengkaji penubuhan Suruhanjaya Reformasi Undang-Undang Malaysia bagi mengenal pasti undang-undang lapuk dan jurang perundangan.

 

Antara bidang yang turut diteliti ialah undang-undang kontrak, jualan barangan dan pengantaraan bagi mempercepat penyelesaian pertikaian. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved