KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik perhatian apabila menggunakan falsafah rubah dan landak bagi menggambarkan pendekatan yang diperlukan Malaysia untuk mencapai cita-cita besar negara.
Beliau yang juga Menteri Kewangan merujuk karya The Hedgehog and the Fox oleh sejarawan dan ahli falsafah Inggeris, Sir Isaiah Berlin ketika membentangkan Belanjawan MADANI 2027 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Menurutnya, falsafah itu menggambarkan rubah yang mengetahui banyak perkara, manakala landak hanya mengetahui satu perkara besar, namun kedua-duanya mempunyai kelebihan yang diperlukan dalam pentadbiran negara.
“Sesebuah bangsa mesti mempunyai satu cita-cita besar yang konsisten, suatu tujuan yang memberi arah dan makna kepada perjalanan.
“Ekonomi menuntut pertumbuhan dan pengagihan, teknologi menuntut inovasi dan perlindungan, fiskal menuntut disiplin dan ihsan, selain pembangunan menuntut kepantasan dan kebijaksanaan,” katanya.
Anwar menjelaskan, sesebuah negara perlu memiliki keteguhan seperti landak dalam menentukan arah tuju dan cita-cita, selain kebijaksanaan rubah dalam memilih jalan serta mekanisme untuk merealisasikannya.






