Rasa macam kali ini ‘last’ bahas Bajet 2027 sebagai pembangkang -Ketua Pemuda PAS

LocalPolitics
12 Oct 2026 • 3:53 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Rasa macam kali ini ‘last’ bahas Bajet 2027 sebagai pembangkang -Ketua Pemuda PAS

Ketua Dewan Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden mencuri perhatian menerusi perkongsian yang membandingkan pengalaman zaman persekolahan selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan suasana selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin selesai membahaskan Bajet 2027.

Teringat perasaan ketika selesai SPM

Menerusi perkongsian tersebut, beliau mengimbau kembali kenangan ketika zaman sekolah apabila rakan-rakan berkumpul untuk meraikan tamatnya peperiksaan, seolah-olah sudah bebas daripada alam persekolahan.

“Waktu sekolah dulu, lepas habis final paper SPM, pakat berkumpul beraya bersorak sebab kononnya dah merdeka, dah habis sekolah. Rasa dah makin dewasa,” tulisnya.

Mengaitkan kenangan itu dengan situasi politik semasa, Afnan berkata terdapat pihak yang merasakan sesi perbahasan Bajet 2027 kali ini mungkin menjadi yang terakhir buat mereka sebagai pembangkang.

“Tadi lepas Ketua Pembangkang selesai bahas Bajet 2027, ada yang kata rasa macam kali ni last kita bahas sebagai Pembangkang.
Insya-Allah,” katanya lagi dengan yakin.

Perkongsian itu memberi bayangan tentang harapan beliau terhadap perubahan kedudukan politik pada masa akan datang, susulan sesi perbahasan Bajet 2027 di Parlimen.

Pada Jumaat minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2027.

Beberapa pengumuman telah menjadi perhatian ramai susulan manfaat yang bakal dikecapi oleh Rakyat Malaysia tanpa mengira peringkat.

Sumber: Facebook Afnan Hamimi Taib Azamudden

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved