
PETALING JAYA– Kerajaan memberi tumpuan kepada cadangan inisiatif dan langkah segera bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat menerusi Belanjawan 2027.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dibincangkan ketika beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) hari ini.
Menurut beliau, perkembangan penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam mengawal harga barangan asas dan membanteras pencatutan di seluruh negara turut diteliti.
“Saya mengarahkan supaya penyelarasan antara agensi diperkukuh supaya tindakan penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
“Kerajaan akan terus memantau perkembangan geopolitik dunia dan kesannya terhadap harga serta bekalan keperluan asas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Anwar berkata, langkah tersebut penting bagi memastikan sebarang tekanan terhadap kos sara hidup rakyat dapat ditangani dengan segera dan berkesan.- KOSMO! ONLINE
The post Belanjawan 2027 fokus ringankan beban kos sara hidup rakyat – PM appeared first on Kosmo Online.






