Belanjawan 2027: Had pelepasan cukai individu dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM12,000

LocalPersonal Finance
9 Oct 2026 • 4:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Belanjawan 2027: Had pelepasan cukai individu dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM12,000
Had pelepasan cukai individu yang tidak disemak sejak 2020 dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM12,000. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Had pelepasan cukai individu yang tidak disemak sejak 2010 dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM12,000.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain itu kerajaan turut bersetuju mengurangkan kadar cukai pendapatan individu pemastautin sebanyak satu mata peratusan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, inisiatif itu diambil bagi membantu golongan pertengahan (M40) yang berdepan beban kos sara hidup.

"Kerajaan mendengar keresahan golongan pertengahan yang cekal bersabar meskipun turut terhimpit beban sara hidup," katanya ketika pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, di sini pada Jumaat.

Tambah beliau, pengurangan kadar cukai pendapatan individu pemastautin itu membabitkan julat pendapatan bercukai antara RM70,000 hingga RM100,000 yang dikurangkan kepada 18 peratus.

Pengurangan kadar cukai pendapatan individu pemastautin itu katanya, membabitkan julat pendapatan bercukai antara RM70,000 hingga RM100,000 yang dikurangkan kepada 18 peratus.

"Bagi julat pendapatan bercukai antara RM100,000 hingga RM150,000 pula, kadar cukai dikurangkan kepada 24 peratus.

"Kerajaan turut memperluas skop pelepasan cukai individu bagi merangkumi beberapa perbelanjaan tambahan, termasuk rawatan perubatan, penjagaan ahli keluarga, pendidikan dan gaya hidup," katanya.

Anwar berkata, pelepasan cukai bagi rawatan perubatan diperluas meliputi perkhidmatan penjagaan selepas bersalin.

Ujarnya, pelepasan cukai bagi penjagaan ibu bapa dan datuk nenek pula diperluas kepada semua perbelanjaan penjagaan dan tidak lagi terhad kepada perbelanjaan berkaitan kesihatan.

"Bagi peralatan sukan, pelepasan cukai turut diperluas meliputi pembelian kasut sukan.

"Skop pelepasan cukai bagi yuran pengajian dan kemahiran juga diperluas untuk merangkumi semua bidang pengajian serta tuisyen anak," katanya.

Dalam pada itu, kerajaan katanya, turut mengambil pendekatan progresif dengan menyelaraskan kadar cukai bagi individu berpendapatan tinggi yang memperoleh pendapatan melebihi RM1 juta kepada 30 peratus.

Kenaikan had pelepasan cukai dan pengurangan kadar cukai individu itu katanya, dijangka memberikan lebihan pendapatan boleh guna sehingga RM1,600 kepada kira-kira lima juta pembayar cukai.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved