Belanjawan 2027: Jualan Rahmah Madani, Agro Madani ditingkatkan RM750 juta

LocalBusiness & Finance
9 Oct 2026 • 4:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Belanjawan 2027: Jualan Rahmah Madani, Agro Madani ditingkatkan RM750 juta
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan, membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Peruntukan Jualan Rahmah dan Agro Madani ditingkatkan daripada RM630 juta kepada RM750 juta dengan sasaran 35, 000 penganjuran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, 30, 000 Jualan Rahmah melibatkan semua Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Tumpuan adalah untuk memperbanyak penganjuran Jualan Rahmah di kawasan desa, perumahan kos rendah dan PPR bandar; yang bukan sahaja melalui kedai runcit biasa, tetapi turut melibatkan mesin layan diri.

"Selain itu, Jualan Rahmah Madani Borong turut dianjurkan bagi membantu peniaga kecil.

"5,000 Jualan Agro Madani juga dilaksanakan dengan menawarkan hasil tani segar seperti ikan, ayam, sayur dan buah pada harga sehingga 30 peratus lebih murah," katanya ketika pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, di sini pada Jumaat.

Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, pengedaran barangan asas ke kawasan pedesaan dan pedalaman juga diperluas dengan peruntukan RM 250 juta ringgit meliputi enam lokasi baharu antaranya Kampung Terian, Penampang, Sabah dan Kampung Dato’ Godam, Pusa, Sarawak.

AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved