
DUNGUN – Persatuan Nelayan Negeri Terengganu (Penentu) berharap kerajaan akan mengekalkan subsidi minyak dan elaun sara hidup bagi golongan tersebut dalam Belanjawan 2027 yang dibentangkan bulan depan.
Pengerusi Penentu, Mat Yassim Mohamed berkata, subsidi minyak diesel dan petrol merupakan bantuan utama yang meringankan beban golongan tersebut untuk turun ke laut.
“Subsidi minyak amat penting kepada nelayan kerana ia antara komponen utama kami untuk beroperasi menangkap ikan.
“Buat masa ini, kerajaan menetapkan harga petrol dan diesel bersubsidi bagi nelayan Kelas A, B dan C pada kadar RM1.65 seliter,” katanya di sini hari ini.
Mat Yassim berkata, selain subsidi minyak, Penentu juga berharap kerajaan turut mengekalkan pemberian elaun sara hidup sebanyak RM300 sebulan kepada nelayan berkelayakan. – KOSMO! ONLINE
The post Belanjawan 2027: Nelayan harap subsidi minyak, elaun sara hidup kekal appeared first on Kosmo Digital.






