Belanjawan 2027 perlu selamatkan RM1.8 bilion nilai lambakan rumah tidak terjual - Juwai IQI

5 Oct 2026 • 10:30 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Belanjawan 2027 perlu selamatkan RM1.8 bilion nilai lambakan rumah tidak terjual - Juwai IQI Image from: Belanjawan 2027 perlu selamatkan RM1.8 bilion nilai lambakan rumah tidak terjual - Juwai IQI amree05/10/2026 - 10:30 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 5 Okt — Pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat dilihat sebagai peluang terbaik negara untuk menangani isu lambakan rumah tidak terjual yang dianggarkan sudah mencecah RM1.8 bilion.

 

Peluang besar ini didorong oleh pelancaran Dasar Perumahan Negara bagi tempoh 10 tahun yang baharu, sekali gus menjadikan belanjawan kali ini sebagai pemangkin utama sektor perumahan berbanding tahun-tahun sebelum ini.

 

Kumpulan teknologi hartanah global, Juwai IQI menegaskan bahawa pembiayaan pertama di bawah dasar baharu ini bakal menjadi penentu corak keberkesanan bagi lapan belanjawan yang akan menyusul selepasnya.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari berkata, pengenalan perancangan berasaskan data dalam dasar perumahan ini mampu menyelesaikan masalah salah padan lokasi dan harga pasaran rumah.

 

Beliau memberi contoh sekiranya sistem data berjaya mengurangkan 1,000 unit rumah mampu milik daripada terbiar setiap tahun, negara dapat menjimatkan kerugian RM1.76 bilion bagi tempoh sembilan tahun akan datang.

 

"Selain aspek data, tumpuan Belanjawan 2027 juga wajar tertumpu kepada dana pembiayaan kreatif bagi membantu golongan pembeli rumah pertama terutamanya pekerja sektor ekonomi gig," katanya.

 

Kashif Ansari_DagangNews2026
KASHIF ANSARI

 

Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) yang sudah membantu 27,000 rakyat pada tahun lalu dijangka diteruskan bagi memberi manfaat kepada hampir sejuta isi rumah dalam tempoh 10 tahun akan datang.

 

Malah ujar Ansari, pasaran kini teruja menanti sokongan kerajaan terhadap kaedah pembiayaan alternatif yang lain seperti skim sewa-untuk-beli serta pembiayaan pemilikan bersama.

 

Dari sudut pembinaan, pemain industri mengharapkan insentif tambahan bagi teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS) yang terbukti memotong masa binaan sebanyak 25 peratus dan mengurangkan kos kos pembinaan.

 

"Sektor ini juga bersedia melangkah ke era pembinaan prefabricated prefinished volumetric construction (PPVC) seperti dirintis dalam projek di Pulau Pinang bagi membolehkan ruang bilik disiapkan terus dari kilang," jelas Ansari.

 

Langkah transformatif menerusi Belanjawan 2027 ini amat kritikal bagi memastikan sasaran pembinaan satu juta unit rumah mampu milik menjelang tahun 2035 dapat direalisasikan sepenuhnya oleh kerajaan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved