Belanjawan 2027: PM bakal beri ‘durian runtuh’ hasil ekonomi kukuh, anti-sakau – Penganalisis

LocalBusiness & Finance
10 Aug 2026 • 3:47 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Belanjawan 2027: PM bakal beri ‘durian runtuh’ hasil ekonomi kukuh, anti-sakau – Penganalisis

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diyakini bakal memberikan ‘durian runtuh’ kepada semua segmen lapisan masyarakat dalam pembentangan Belanjawan 2027 pada Oktober ini hasil daripada dasar-dasar ekonomi Malaysia yang melonjakkan prestasi ke tahap membanggakan.

Pada masa sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkemampuan untuk menyalurkan lebih banyak bantuan kepada rakyat termasuklah dalam bentuk tunai hasil daripada penjimatan perbelanjaan negara dan institusi ekoran amalan anti-sakau yang dijalankan.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Malaysia Terengganu, Prof Mohd Izani Mohd Zain berkata, Belanjawan tahun hadapan diyakini akan lebih berorientasikan kebajikan rakyat selain usaha berterusan untuk memperkukuhkan perbelanjaan pembangunan bagi menangani tekanan kos sara hidup dan merangsang pertumbuhan ekonomi.

Image from: Belanjawan 2027: PM bakal beri ‘durian runtuh’ hasil ekonomi kukuh, anti-sakau – Penganalisis
MOHD IZANI MOHD ZAIN

“Rakyat akan mula menikmati habuan yang lebih besar hasil pembangunan negara lebih tiga tahun Anwar menjadi perdana menteri dan kerajaan Madani pastinya mahu rakyat terutama golongan bawahan turut merasai hasil kemajuan yang dicapai.

“Saya kira satu khabar gembira buat rakyat Malaysia kerana melalui bantuan-bantua ini, rakyat dibantu dan dapat diringankan kos sara hidup,” katanya hari ini.

Sebelum ini, Penganalisis Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mustazar Mansur berkata, Belanjawan 2027 dijangka memberi penekanan lebih besar kepada kebajikan rakyat menerusi peningkatan bantuan bersasar, di samping memperkukuhkan perbelanjaan pembangunan bagi menangani tekanan kos sara hidup dan merangsang pertumbuhan ekonomi.

Mustazar Mansur berkata, berkata belanjawan akan datang berkemungkinan menampilkan pendekatan lebih mesra rakyat, dengan fokus kepada golongan yang benar-benar memerlukan susulan peningkatan kos makanan, pendidikan, kesihatan serta perbelanjaan harian.

Dalam pada itu, Mohd. Izani berkata, beliau berharap bantuan ini bukan sekadar bantuan biasa dalam jangka masa pendek tetapi boleh membantu rakyat berdikari dan meningkatkan sumber pendapatan hidup dengan lebih lestari untuk jangka masa panjang. – UTUSAN

The post Belanjawan 2027: PM bakal beri ‘durian runtuh’ hasil ekonomi kukuh, anti-sakau – Penganalisis appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved