Belanjawan 2027: RM50 juta perkasa komuniti PPR bandar

LocalBusiness & Finance
9 Oct 2026 • 4:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Belanjawan 2027: RM50 juta perkasa komuniti PPR bandar
RM50 juta diperuntukkan bagi melaksanakan inisiatif Komuniti Angkat Madani dengan memberi tumpuan kepada usaha memperkasa penduduk PPR di kawasan bandar. Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan RM50 juta bagi melaksanakan inisiatif Komuniti Angkat Madani pada depan dengan memberi tumpuan kepada usaha memperkasa penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan bandar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif itu akan melibatkan pengurusan tertinggi kementerian dan agensi kerajaan yang diamanahkan untuk mengetuai usaha membantu komuniti berkenaan.

Menurutnya, universiti dan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) turut dilibatkan bagi menyediakan latihan kemahiran yang bersesuaian dengan keperluan penduduk PPR.

“Untuk tahun 2027, kerajaan akan melaksanakan Komuniti Angkat Madani dengan peruntukan RM50 juta. Tumpuan kali ini untuk membantu komuniti PPR bandar,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Anwar berkata, antara pendekatan yang akan dilaksanakan termasuk menyediakan dapur bersama, peralatan perniagaan serta latihan bagi membantu meningkatkan pendapatan penduduk.

Inisiatif itu bertujuan membuka peluang kepada penduduk PPR untuk membangunkan aktiviti ekonomi dan meningkatkan kemahiran yang boleh dimanfaatkan bagi menjana pendapatan.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan turut meningkatkan peruntukan bagi membaik pulih prasarana Kampung Baru Cina kepada lebih RM100 juta, termasuk kerja membaik pulih dan membina semula kemudahan yang uzur.

Selain itu, peruntukan penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam berdaftar turut ditingkatkan kepada RM80 juta.

Pengumuman berkenaan merupakan antara langkah yang digariskan dalam Belanjawan 2027 bagi menyokong pembangunan komuniti dan penambahbaikan kemudahan setempat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved