Belanjawan 2027: Terengganu harap senarai keutamaan negeri dapat perhatian

LocalPolitics
6 Oct 2026 • 11:46 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Belanjawan 2027: Terengganu harap senarai keutamaan negeri dapat perhatian

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu berharap Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan Jumaat ini memberi ruang lebih besar kepada negeri menentukan projek pembangunan mengikut keutamaan dan keperluan rakyat setempat.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pengagihan peruntukan perlu mengambil kira keutamaan yang telah dikenal pasti kerajaan negeri selain tidak ditentukan sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuan semata-mata.

Beliau berkata, projek diumumkan dalam Belanjawan 2027 sewajarnya selari dengan keperluan serta perancangan pembangunan yang telah ditetapkan di peringkat negeri.

“Biarlah projek yang akan diumumkan nanti merupakan projek yang menjadi keutamaan negeri.

“Tidak ada ertinya sekiranya projek yang tidak menjadi keutamaan negeri tetapi dibuat kerajaan Pusat di negeri itu,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu beliau ditemui selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang peringkat Terengganu.

Ahmad Samsuri berkata, walaupun proses libat urus bersama kerajaan negeri dan Persekutuan telah dilaksanakan namun terdapat keadaan senarai keutamaan diberikan negeri tidak diambil kira sepenuhnya dalam penentuan projek berskala besar yang memberi kepentingan kepada rakyat.

Sementara itu, Ahmad Samsuri berkata, cabaran musim tengkujuh antara sebab berlakunya kelewatan sehingga 144 hari projek Pengawalan Hakisan Pantai Batu Rakit, Kuala Nerus. – KOSMO! ONLINE

The post Belanjawan 2027: Terengganu harap senarai keutamaan negeri dapat perhatian appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved