Belia bakal terima ‘berita gembira’ sempena Hari Kebangsaan

LocalPolitics
20 Aug 2026 • 7:21 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Belia bakal terima ‘berita gembira’ sempena Hari Kebangsaan

KLANG – Golongan belia dijangka menerima berita gembira menerusi satu atau dua inisiatif baharu yang bakal diumumkan kerajaan sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengumuman berkenaan dibuat selepas pihaknya meneliti pandangan serta cadangan golongan muda, khususnya berkaitan usaha membantu mereka.

“Insya-Allah saya dengar dan teliti. Ada keupayaan kita akan lakukan yang terbaik untuk belia.

“Mungkin saya akan umum satu atau dua inisiatif bagi golongan itu nanti,” katanya pada Sesi Temu Anwar pada Himpunan Anak Muda (Hamka) Antarabangsa 2026 di sini, hari ini.

Menurutnya, beliau dijadualkan berada di Kuching, Sarawak bagi sambutan Hari Malaysia pada 16 September sebelum pembentangan Belanjawan 2027 pada awal Oktober depan.

“Tiga tempoh itu akan menjadi antara waktu penting bagi kerajaan mengumumkan langkah pembangunan dan kebajikan rakyat termasuk belia,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Belia bakal terima ‘berita gembira’ sempena Hari Kebangsaan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved