Bella Astillah Geli Hati Tengok Hadiah Peminat Bagi Pijama Gambar Syed Saddiq

LocalEntertainment
15 Oct 2026 • 4:53 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft BASS

Hari ini, penyanyi dan pelakon popular, Bella Astillah, sempat berkongsi momen lucu sewaktu unboxing hadiah kahwin secara live di media sosial dan ia mencuri tumpuan ramai. Peminat yang menontonnya terhibur melihat reaksi spontan Bella sewaktu membuka kotak hadiah istimewa berkenaan.

Artikel berkaitan : Bella Astillah Sah Menjadi Isteri Syed Saddiq Dengan Sekali Lafaz 

Artikel berkaitan : Bella Astillah & Syed Saddiq Bakal Disatukan, Kisah Cinta Mereka Dirakam Dalam 8 Episod Eksklusif Astro

Dapat hadiah baju tidur muka Syed Saddiq & muka sendiri!

Menerusi video yang dikongsikan semula di Threads, Bella kelihatan sangat teruja sambil membaca kad ucapan tahniah daripada seorang peminat dari Sabah yang bernama Kak Azrawati Amiran.

Namun, suasana bertukar riuh sebaik sahaja Bella mengeluarkan kemeja pijama berwarna hitam dari kotak tersebut.

Dilihat baju tidur pertama yang dibukanya dipenuhi dengan cetakan corak muka Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq! Bella yang terkejut terus tergelak besar sambil menayang baju tersebut ke arah kamera.

“Ingat t-shirt biasa, baru nak pakai pergi meeting, rupanya baju tidur malam ni! Baju tidur!” seloroh Bella sambil ketawa terbahak-bahak.

Kejutan tak berhenti di situ, peminat berkenaan rupanya menghadiahkan sepasang lagi baju tidur khas untuk Syed Saddiq, tetapi kali ini dipenuhi dengan cetakan muka Bella Astillah sendiri! Bella yang melihat kemeja tersebut makin terhibur dan menyifatkan hadiah tersebut sangatlah comel.

Video tersebut menerima pelbagai positif peminat yang menyaksikan live tersebut. Rata-rata peminat memuji kreativiti serta kesungguhan peminat Sabah berkenaan yang sanggup mereka khas baju tidur berkenaan demi memberikan kenangan manis buat pasangan itu.

Comel ja sampai terkeluar Sabahan dia – Netizen

bella Bella 2 bella 3

Untuk rekod, Bella Astillah dan pasangan pilihan hatinya, Ahli Parlimen Muar YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, telah selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri pada tarikh keramat 10 Oktober 2026.

Pasangan romantik ini sebelum ini telah mengikat tali pertunangan pada 28 Mac 2026 sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Sumber : Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved