'Boleh ke beritahu teacher?' - Bella Astillah dedah anak sulung paling teruja terima berita bakal kahwin 

EntertainmentLifestyle
20 Aug 2026 • 1:26 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Boleh ke beritahu teacher?' - Bella Astillah dedah anak sulung paling teruja terima berita bakal kahwin 

PENYANYI dan pelakon Bella Astillah dan tunang, Syed Saddiq baharu sahaja berkongsi tarikh pernikahan mereka yang dijadualkan pada 10 Oktober depan. 

Bercakap kepada media, penyanyi lagu Pano dan Tapi Bukan Denganmu itu mendedahkan anak-anaknya, Mohamed Ayden Adrean dan Ara Adreanna ialah yang paling gembira. 

"Mereka sangat gembira dan menantikan majlis ini.  

"Ayden bertanya kepada saya, bolehkah saya beritahu cikgu? Saya katakan, tidak, belum lagi," tutur Bella. 

Image from: 'Boleh ke beritahu teacher?' - Bella Astillah dedah anak sulung paling teruja terima berita bakal kahwin 

Dalam pada itu, Bella atau nama penuhnya Dayang Nabellah juga tidak menolak untuk mengadakan majlis untuk para peminat. 

"Insya-ALLAH memang ada pelan.  Nanti kita akan buat majlis yang lain," kongsinya.   

Bella dan Syed Saddiq mengumumkan tarikh perkahwinan pada 10 Oktober selepas mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu.   

Image from: 'Boleh ke beritahu teacher?' - Bella Astillah dedah anak sulung paling teruja terima berita bakal kahwin 

Hubungan cinta mereka mula mendapat perhatian umum selepas mereka menjalin kerjasama dalam beberapa projek termasuk kempen promosi jenama serta inisiatif amal untuk membantu rakyat Muar.

Sumber: Instagram

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved