
PENYANYI dan pelakon Bella Astillah dan tunang, Syed Saddiq baharu sahaja berkongsi tarikh pernikahan mereka yang dijadualkan pada 10 Oktober depan.
Bercakap kepada media, penyanyi lagu Pano dan Tapi Bukan Denganmu itu mendedahkan anak-anaknya, Mohamed Ayden Adrean dan Ara Adreanna ialah yang paling gembira.
"Mereka sangat gembira dan menantikan majlis ini.
"Ayden bertanya kepada saya, bolehkah saya beritahu cikgu? Saya katakan, tidak, belum lagi," tutur Bella.

Dalam pada itu, Bella atau nama penuhnya Dayang Nabellah juga tidak menolak untuk mengadakan majlis untuk para peminat.
"Insya-ALLAH memang ada pelan. Nanti kita akan buat majlis yang lain," kongsinya.
Bella dan Syed Saddiq mengumumkan tarikh perkahwinan pada 10 Oktober selepas mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu.

Hubungan cinta mereka mula mendapat perhatian umum selepas mereka menjalin kerjasama dalam beberapa projek termasuk kempen promosi jenama serta inisiatif amal untuk membantu rakyat Muar.
Sumber: Instagram






