“Bukan Saya Tak Sayang Dia Tapi…” – Ibu Syed Saddiq Akui Pernah Dilema Terima Sepenuhnya Kehadiran Bella Astillah

LocalEntertainment
21 Aug 2026 • 11:06 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz mengakui pernah berada dalam dilema ketika pertama kali mengenali Bella Astillah kerana pada waktu itu kes mahkamah membabitkan anaknya masih belum selesai.

Menurut Sharifah Mahani, kebimbangannya ketika itu bukan kerana tidak menerima Bella, sebaliknya memikirkan masa depan penyanyi berkenaan sekiranya keputusan mahkamah tidak memihak kepada Syed Saddiq.

Advertisement
View this post on Instagram

“Terus terang saya cakap, masa mula-mula jumpa Bella, saya tak percaya dan khuatir. Saya dalam dilema sama ada Bella akan menjadi menantu saya atau tidak sebab perbicaraan di mahkamah.

“Bukan saya tak sayang Bella. Saya banyak berdiam diri sebab penentuannya ketika itu adalah mahkamah. Kalau Saddiq kalah, minta dijauhkan, saya tak nak aniaya anak perempuan orang. Berdosa.”

Sharifah Mahani berkata demikian ketika berkongsi mengenai hubungannya dengan Bella kepada Gempak.

Menurutnya lagi, dia hanya benar-benar berasa lega dan lebih bersedia menerima Bella sebagai sebahagian daripada keluarga selepas keputusan mahkamah memihak kepada anaknya.

Dalam masa sama, Sharifah Mahani turut memuji keperibadian bakal menantunya yang disifatkan sebagai seorang wanita berdikari, berani dan sentiasa berusaha keras untuk mencapai kejayaan.

View this post on Instagram

“Apa yang saya nampak, Bella seorang yang berdikari. Banyak perkara dia cuba lakukan sendiri dan dia berani tampil ke hadapan untuk mencapai kejayaan.

Sharifah Mahani turut melihat pengalaman kegagalan rumah tangga yang pernah dilalui Bella sebelum ini sebagai sesuatu yang menjadikan penyanyi itu lebih kuat untuk meneruskan kehidupan dan membina masa depan bersama anak-anaknya.

Terdahulu, Bella dan Syed Saddiq mengumumkan bahawa mereka bakal mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober depan selepas berkongsi tarikh pernikahan tersebut menerusi program MeleTOP.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Bukan Saya Tak Sayang Dia Tapi…” – Ibu Syed Saddiq Akui Pernah Dilema Terima Sepenuhnya Kehadiran Bella Astillah2026-08-20 09:25:45

"Auntie Hairan Macam Mana Mereka Dapat Nombor.." - Ibu Syed Saddiq Dakwa Terima Mesej Burukkan Bella, Syed Saddiq

 

The post “Bukan Saya Tak Sayang Dia Tapi…” – Ibu Syed Saddiq Akui Pernah Dilema Terima Sepenuhnya Kehadiran Bella Astillah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved