Bella Astillah Nekad Bercerai, Aliff Aziz Tak Munculkan Diri Ke Mahkamah

13 Mar 2024 • 3:06 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Bella Astillah Aliff Aziz

Sebentar tadi kami melaporkan yang pelakon, Bella Astillah nekad memfailkan perceraian terhadap suaminya, Aliff Aziz.

Menurut laporan mStar, sebutan pertama kes itu tidak dapat diteruskan kerana Aliff tidak hadirkan diri ke mahkamah dan sebutan semula kes akan berlangsung pada 4 April nanti dan perkara ini dikatakan sendiri peguam yang mewakili Bella, Azmi Mohd Rais.

Hari ini adalah tarikh bagi sebutan pertama bagi kes tuntutan cerai. Bella telah menfailkan kes ini pada Isnin secara ekspres.

Bella rasa dengan memilih jalan masing-masing itu merupakan jalan terbaik bagi Bella dan juga Aliff.

Saya cuma mahu dipermudahkan urusan. Lagi-lagi bulan Ramadan ini saya mahukan ia berjalan dengan lancar.

Bukan tu jer, pelakon itu juga memberitahu yang dia sudah bernekad untuk meneruskan penceraian memandangkan sudah banyak peluang diberikan sebelum ini.

Saya nekad kerana banyak ruang dan peluang sudah diberikan. Bagaimanapun Aliff tetap ayah kepada dua anak Bella. 

Tak semestinya cinta itu masing-masing harus memiliki. Kita doakan daripada jauh.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved