Bengang Dituduh Buat Kacau Di Taman Perumahan, Ammar Nazhan Nak Saman Jiran?

Entertainment
26 Sep 2023 • 11:20 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, hangat diperkatakan mengenai YouTuber Ammar Nazhan yang dituduh membuat onar di sebuah taman perumahan mewah hingga mengganggu ketenteraman jiran sekeliling.

Susulan dakwaan yang ditularkan Cikgu Fadli, Ammar telah menafikan tuduhan tersebut dan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan berita palsu.

image is not available

“Saya tak teragak-agak untuk mencari dan saman mana-mana pihak”

Menerusi perkongsian di instastory semalam, Ammar menyatakan bahawa dia tidak teragak-agak untuk mencari dan menyaman pihak yang telah menuduhnya tanpa bukti.

Info yang dibawa orang luar juga menurutnya adalah salah dan berita yang disebarkan juga adalah dengan niat untuk menjatuhkan imejnya dan team.

image is not available

image is not available

Tak cukup dengan itu, Ammar juga mendakwa pihak yang menuduhnya (jiran) telah membayar sesetengah pihak untuk menyebarkan tuduhan palsu ke atas dirinya di media sosial.

Bayar media semata-mata nak usik emosi. Bestkan dunia ni, tak suka Am kat sini lepas tu mula la buat tuduhan.

“Cari orang followers ramai sikit, bayar paid,” katanya.

Apa-apapun kita tunggu pula respon pihak di sebelah sana. Katanya dah sedia bukti nak saman Ammar balik…

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.