‘Youtuber’ Gertak Nak Saman, Jiran T20 Langsung Tak Cuak – “Bring It On! Kami Dah Simpan Semua Bukti”

26 Sep 2023 • 11:29 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial sejak semalam tentang seorang Youtuber yang didakwa mengganggu jiran tetangga kerana berbuat bising dan beberapa hal lain.

Youtuber dikenali sebagai Ammar Nazhan itu telah tampil memberikan kenyataan mendakwa bahawa media telah dibayar untuk memfitnah dan menjatuhkan reputasinya.

image is not available 9 hours ago

"Tak Suka Am, Mula Usik Emosi" - 'Influencer Fries' Cari Individu Sebar Fitnah, Dakwa Media Dibayar Untuk Jatuhkan Reputasi

Bagaimanapun, guru yang menularkan hal ini di media sosial turut membuat satu hantaran dan mengatakan jiran Youtuber itu langsung tidak takut dengan gertakan Ammar kerana mereka sudah menyimpan semua bukti.

Bring it on. Saya ada gambar team dia park depan rumah orang lain tanpa izin. Video dan gambar kegiatan mereka, ada rakam audio dan video kereta dia bising memekak.

image is not available

Guru dikenali sebagai Fadli Salleh itu turut menyindir Ammar kerana konon mahu tunjuk berani menggertak pemilik rumah harga jutaan ringgit.

Golongan T20 ada peguam keluarga masing-masing, memang bertemu buku dengan ruaslah. Mereka takkan buat tuduhan melulu, dah siapkan semua bukti dan dapat jangka saman akan dibuat.