“Bring It On” – Youtuber Gertak Nak Saman, Jiran Tak Goyang Sebab Ada Bukti

26 Sep 2023 • 10:45 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Aduh, kecoh pula di media sosial isu membabitkan Youtuber popular, Ammar Nazhan yang didakwa telah menimbulkan rasa tak selesa jiran.

Kongsi Cikgu Mohd Fadli Salleh, jiran mendakwa Youtuber ini dan pasukannya biadap apabila selalu buat bising dan bergaduh dengan pak guard.

Menafikan dakwaan itu, Ammar Nazhan berkata dia tidak teragak untuk ambil tindakan saman. Kata Ammar, pihak media dan pempengaruh dibayar untuk memburukkan namanya?

image is not available

image is not available

Tak berdiam diri, jiran melalui Cikgu Mohd Fadli memberi respon tak ‘goyang’ dengan ugutan saman tu sebab pihaknya ada bukti audio dan video.

image is not available

Jiran siap kata, ‘bring it on‘ lagi tau sebab mereka ada gambar menunjukkan team Youtuber itu parking di depan rumah orang lain tanpa izin.

image is not available

Kata Cikgu Fadli pula, Youtuber ini silap orang nak gertak kerana penduduk di kawasan kediaman itu semuanya golongan T20 yang kaya raya. Harga rumah di situ pun antara RM2 juta sehingga lebih RM3 juta. Fuh!

Jiran yang buat aduan pasal perangai tak semenggah Youtuber ini pula pemilik rumah bukannya hanya sekadar menyewa. Jadi mereka memang ada hak untuk complain kan?

Apa-apa pun kita tunggu perkembangan lanjut mengenai kes ini.

Kredit: Facebook Mohd Fadli Salleh

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.