“Nak saman? Bring it on” – Ada Bukti Video & Gambar, Jiran Tak Gentar Ugutan Ammar Nazhan

Entertainment
26 Sep 2023 • 11:33 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nampaknya ada kenyataan balas selepas YouTuber bernama Ammar Nazhan mengeluarkan penafian bagi pihaknya susulan luahan penduduk di perumahan elit Lakefront Villa, Cyberjaya.

Menerusi Facebook Mohd Fadli Salleh, jiran berkenaan sudah dapat menjangka tindakan yang bakal dibuat pihak YouTuber terbabit.

Oleh itu, jiran tersebut sudah pun mengumpul semua bukti kukuh yang menyatakan pihak Ammar sememangnya melakukan pelbagai hal yang mengganggu ketenteraman kawasan kejiranan.

image is not available

Bring it on. Saya ada gambar team dia park depan rumah orang lain tanpa izin. Ada bukti video dan gambar kegiatan mereka, ada rakam audio dan video kereta dia bising memekak tu.

“Saya ready semua bukti-bukti sebelum bagitahu cikgu. Nak saman? Bring it on” tulisnya.

Menurut Cikgu Fadli, pihak Ammar tidak sepatutnya mengeluarkan ugutan sebegitu kerana golongan yang menyuarakan sikap team YouTuber berkenaan bukanlah sembarangan orang.

Difahamkan, jiran yang membuat aduan itu merupakan pemilik rumah dan bukannya hanya sekadar menyewa.

“Ammar ni nak gertak orang biasa bolehlah. Tapi nak gertak owner rumah yang mampu beli rumah harga berjuta, golongan T20 yang ada lawyer keluarga masing-masing, memang bertemu buku dengan ruaslah.

“Golongan ni takkan buat tuduhan melulu. Mereka dah siapkan semua bukti dan dapat jangka gertakan saman ni akan dibuat,” katanya.

Dalam pada itu, Cikgu Fadli turut mendedahkan komuniti di kawasan tersebut merupakan pemilik yang berkemampuan untuk membeli kediaman berharga jutaan ringgit.

image is not available image is not available

Malah, peguam yang aktif dalam media sosial, Nor Zabetha bersedia untuk mengambil kes ini jika pihak Ammar benar-benar mahu menyaman.

Apapun, kita tunggu perkembangan lanjut mengenai kes ini…

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.