Bengkel lerai kenderaan terbakar, polis siasat lupus bukti

LocalPolitics
19 Aug 2026 • 3:06 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bengkel lerai kenderaan terbakar, polis siasat lupus bukti

SHAH ALAM – Siasatan terhadap kemungkinan kebakaran sebuah bengkel melerai dan menjual komponen kenderaan di Kampung Bukit Kapar, malam tadi, sebagai usaha melupuskan bukti kini menjadi antara fokus polis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, kebakaran itu berkemungkinan bertujuan memusnahkan resit, dokumen atau keterangan lain yang boleh membantu siasatan.

“Kita sedang lihat ke arah aspek tersebut juga. Mungkin kaedah untuk melupuskan keterangan-keterangan yang berkaitan,” katanya pada sidang akbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya belum dapat mengesahkan premis berkenaan mempunyai kaitan dengan sindiket tertentu, susulan hanya dua warga Pakistan ditahan iaitu seorang yang dipercayai pemilik dan seorang lagi pekerja.

“Buat masa ini, nak dikatakan sindiket itu saya tidak berapa yakin kerana hanya dua orang warga Pakistan yang ditangkap.

“Namun, kita tidak boleh menafikan kemungkinan wujud sindiket, tetapi mungkin sindiket itu berada di luar dan premis tersebut dijadikan salah satu tempat untuk meleraikan kenderaan,” katanya.

Menurut beliau, siasatan masih dijalankan termasuk terhadap pemilik tanah berkenaan kerana membenarkan premis itu disewakan kepada warga asing.

Kosmo! sebelum ini melaporkan sebuah bengkel melerai dan menjual komponen kenderaan yang sebelum ini dikaitkan dengan sindiket didalangi warga Pakistan terbakar dalam kejadian di Kampung Bukit Kapar pada 17 Ogos lalu.

Kebakaran itu melibatkan kawasan terbuka berkeluasan 1,200 kaki persegi dengan enam buah kereta musnah hampir 90 peratus.

Terdahulu, bengkel tersebut tular susulan keberadaan kenderaan curi termasuk sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) milik sebuah syarikat pengurusan jenazah di premis itu. – KOSMO! ONLINE

 

The post Bengkel lerai kenderaan terbakar, polis siasat lupus bukti appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved