Kes Rocky: Tak perlu besarkan isu! Polis nasihat jangan berhimpun, tunjuk perasaan esok – KP Selangor

LocalPolitics
19 Aug 2026 • 4:58 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kes kematian seekor anjing ketika operasi tangkapan di Pelabuhan Klang baru-baru ini memasuki fasa baharu apabila polis Selangor menerima arahan pertuduhan susulan siasatan yang selesai dijalankan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Majistret Klang esok selepas arahan diterima daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

“Esok dijangka ada pertuduhan di Mahkamah Majistret Klang. Saya mohon rakan media merujuk pihak mahkamah bagi mendapatkan waktu sebenar pertuduhan.
“Pertuduhan ini dijangka bukan sahaja membabitkan polis, malah agensi penguat kuasa lain juga,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Image from: Kes Rocky: Tak perlu besarkan isu! Polis nasihat jangan berhimpun, tunjuk perasaan esok – KP Selangor

Bagaimanapun, Shazeli enggan mengulas lanjut sama ada pertuduhan itu membabitkan lelaki dan wanita yang sebelum ini dikaitkan dengan kes berkenaan, termasuk seksyen undang-undang yang akan digunakan.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang awam supaya tidak mengadakan sebarang perhimpunan atau tunjuk perasaan berhubung isu berkenaan.

“Saya menasihatkan supaya tidak perlu diperbesarkan isu ini sehingga nak diadakan sebarang perhimpunan atau tunjuk perasaan kerana daripada aspek perundangan, siasatan telah dijalankan dan kita telah kenal pasti pihak-pihak yang bertanggungjawab.
“…dan ini hasilnya, siasatan yang kami jalankan ini telah membawa kepada arahan pertuduhan esok. Ini menunjukkan bahawa kita tidak mengambil atau kita tidak berpihak kepada mana-mana (pihak). Selagi ada yang melanggar undang-undang, kita akan jalankan siasatan dan mengambil tindakan (mengikut undang-undang).
“Justeru kepada masyarakat, berilah ruang dan kepercayaan kepada perundangan untuk melaksanakan bahagian mereka,” katanya.
Image from: Kes Rocky: Tak perlu besarkan isu! Polis nasihat jangan berhimpun, tunjuk perasaan esok – KP Selangor

Kredit Foto: Afiq Razali

Shazeli berkata polis turut akan menjalankan kawalan di kawasan Mahkamah Klang esok bagi memastikan ketenteraman awam sepanjang prosiding berlangsung.

Artikel lain: Wajah & identiti tersebar! Shah nafi cederakan anjing Rocky, terima ugutan b*nuh… sedia saman pemfitnah

Media sebelum ini melaporkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan khianat dengan membunuh haiwan.

Image from: Kes Rocky: Tak perlu besarkan isu! Polis nasihat jangan berhimpun, tunjuk perasaan esok – KP Selangor

Terdahulu, seorang pemuda yang dikaitkan dengan kekecohan ketika operasi penangkapan anjing bernama Rocky sehingga menyebabkan kematian haiwan itu dilaporkan akan didakwa Jabatan Veterinar di Mahkamah Klang esok.

Sumber: BH Online (Norzamira Che Noh)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved