

Percaya atau tidak, seramai 6.3 juta rakyat Malaysia menggunakan aplikasi navigasi Waze pada tahun 2019, menjadikan negara ini sebagai pengguna kelima tertinggi di dunia dan tertinggi di ASEAN
Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Dr. Megat Zuhairy Megat Tajuddin berkata, bagaimanapun NACSA tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai jumlah data pengguna Malaysia yang mungkin sudah diperoleh pihak berkenaan.
Pada masa sama, katanya, pihaknya sudah menerima beberapa nama produk untuk diteliti termasuk produk keselamatan siber yang berasal dari Israel.
Sementara itu, Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Nushirwan Zainal Abidin menyarankan rakyat Malaysia agar menyahpasang aplikasi navigasi Waze bagi mengelakkan data pergerakan mereka berisiko disalahgunakan sehingga mengancam keselamatan diri dan negara.
SUMBER UTUSAN






