Beras eksport bertaburan di lebuh raya, lori 10 tan terbabas

12 Sep 2026 • 2:14 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Beras eksport bertaburan di lebuh raya, lori 10 tan terbabas

ALOR GAJAH – Muatan beras eksport yang dibawa sebuah lori 10 tan bertaburan di Lebuh Raya Utara-Selatan selepas kenderaan berat itu terbabas di Kilometer 217.9 arah selatan, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, pemandu lori dan kelindan masing-masing berusia 41 dan 26 tahun turut mengalami kecederaan sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka, Tc. Zulkhairani Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.04 malam sebelum pasukan keluaran operasi (PKO) digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya PKO di tempat kejadian, didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori jenis Isuzu 10 tan yang telah terbabas.

“Lori tersebut membawa muatan beras eksport dari Selangor untuk ke Johor dan difahamkan kejadian berlaku disebabkan tayar kenderaan berat itu pecah,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Katanya, operasi diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Hanizah Jaafar dengan kekuatan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah serta bantuan BBP Rembau.

“Kedua-dua mangsa lelaki telah menerima rawatan awal oleh pihak Kementerian Kesihatan. Operasi tamat pada pukul 12.22 tengah malam selepas memastikan tiada kemerbahayaan lain di lokasi kejadian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Beras eksport bertaburan di lebuh raya, lori 10 tan terbabas appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved