Berehat Dari Rancangan Hiburan, Jennie BLACKPINK Tolak Tawaran Sertai ‘My Name Is Gabriel’

Entertainment
19 Mar 2024 • 11:49 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Jennie BLACKPINK telah memutuskan untuk tidak muncul dalam rancangan hiburan terbaru pengarah Kim Tae-ho iaitu “My Name Is Gabriel”.

Agensi Jennie, ODD ATELIER telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai keputusan yang telah dibuat oleh ahli BLACKPINK tersebut.

Mereka berkata,

Jennie telah diberi tawaran untuk mengikuti rancangan ‘My Name is Gabriel’. Namun, selepas dipertimbangkan, Jennie telah membuat keputusan untuk tidak muncul dalam mana-mana rancangan hiburan buat masa kini, termasuk ‘My Name is Gabriel’.

Sementara itu, “My Name is Gabriel” merupakan rancangan hiburan yang diarahkan oleh pengarah “Infinite Challenge” dan “How Do You Play”, iaitu Kim Tae-ho. Di mana, rancangan ini akan menunjukkan perjalanan selebriti-selebriti terpilih ketika tinggal di luar negara.

Buat masa kini, antara selebriti yang menyertai rancangan ini ialah Park Bo-gum, Ji Chang-wook, Park Myung-soo, Hong Jin-kyung dan Yeom Hye-ran.

Mungkin Jennie nak fokus buat lagu baru kot..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.