Bergson bakal sarung jersi Harimau Malaya

LocalFootball
13 Aug 2026 • 2:59 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bergson bakal sarung jersi Harimau Malaya

PETALING JAYA: Mesin gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva mengakui tidak sabar untuk bergelar pemain naturalisasi Harimau Malaya dalam masa terdekat.

Selepas diangkat sebagai Pemain Import Terbaik dan penerima Anugerah Kasut Emas pada Anugerah Liga Malaysia (Liga M) 2025/26, kelmarin, pemain kelahiran Brazil itu mengiyakan harapan peminat itu akan jadi realiti.

“Saya mahu berterima kasih atas kata-kata sokongan peminat dan (letak) harapan terhadap perkara ini (memperoleh passport Malaysia). Saya sentiasa beri segala-galanya kepada negara ini dan kelab.

“Saya gembira untuk mewakili mereka (peminat) atas padang kerana saya di sini sudah hampir enam tahun. Saya fikir ini masa untuk bersatu. Ya, ia akan berlaku. Terima kasih semua,” katanya.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman sebelum ini menjelaskan tiada sebarang masalah untuk Bergson wakili Malaysia sekiranya segala dokumentasi dapat dilengkapkan.

Mengulas mengenai kejayaannya di Anugerah Liga M kali ini, Bergson akui pengiktirafan yang diterimanya kali ini mampu menjadikannya pemain lebih baik pada masa akan datang. 

“Anugerah ini cukup bermakna buat saya kerana saya tidak pernah terfikir mampu capai semua ini. Yang pasti ia akan menjadikan saya lebih bermotivasi dan ‘lapar’ untuk berdepan cabaran akan datang.

“Saya tidak ada kata-kata untuk gambarkan detik ini. Saya tidak ada target tertentu, lebih banyak pencapaian yang pasukan capai, ia adalah bagus untuk saya,” katanya.-UTUSAN

The post Bergson bakal sarung jersi Harimau Malaya appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved