
Cef Selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob mencuri tumpuan selepas melamar usahawan sensasi, Datuk Seri Vida di 11.11 Mega Stock Live Concert.Momen istimewa itu sekali gus menjawab pelbagai spekulasi mengenai hubungan mereka.Bagi melengkapkan lamaran tersebut, Fazley memilih sebentuk cincin bernilai RM7,000 hasil ciptaan Habib Jewel yang direka khas menyerupai tiara, diinspirasikan daripada kegemaran DSV memakai mahkota atau crown.Rekaan itu merupakan satu-satunya yang dihasilkan khusus untuk DSV, sekali gus menjadikannya simbolik kepada keistimewaan wanita tersebut di mata Fazley.Difahamkan kejutan romantis ini menelan belanja sebanyak RM500,000.Fazley turut menyampaikan dua buah lagu sebelum kejutan tersebut, termasuk Di Alam Fana Cinta yang merupakan antara lagu kegemaranUntuk rekod, hubungan Fazley dan DSV mula menjadi perhatian selepas kedua-duanya dikaitkan menerusi program realiti Talk To My Manager musim kedua.Perkenalan mereka bermula daripada usikan anak-anak Cik B dan Fariedz Fazley yang mengatur pertemuan kedua-duanya di sebuah restoran Jepun






