
BANGKOK – Hujan lebat yang melanda daerah-daerah di Bangkok sejak beberapa hari lalu mengakibatkan banjir teruk yang menenggelamkan laluan utama dan kawasan perumahan penduduk, lapor halaman berita detik.com
Di tengah-tengah bencana tersebut, satu rakaman video tular di media sosial memaparkan fenomena luar biasa beribu-ribu lipas dilihat memanjat tiang bagi menyelamatkan diri daripada air banjir.
Menurut laporan laman berita Mothership.SG semalam, serangga itu berkumpul pada kedudukan yang lebih tinggi untuk mencari perlindungan selepas habitatnya dilimpahi air.
Fenomena itu berlaku akibat sistem saliran dan tempat sembunyi lipas-lipas terendam sepenuhnya, memaksa serangga itu keluar untuk mencari kawasan lebih kering. – AGENSI
The post Beribu-ribu lipas panjat tiang ketika banjir appeared first on Kosmo Online.





