Berjauhan Atas Tuntutan Kerja, Semangat Lelaki Jaga Anak Sejak Usia 3 Bulan Seorang Diri Buat Ramai Kagum [Video]

Family & ParentingLifestyle
17 Jun 2025 • 3:15 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tidak semua, namun ada segelintir pasangan suami isteri pada masa ini yang terpaksa berjauhan atau menjalani perhubungan jarak jauh (PJJ) atas tuntutan kerja.

Buat pasangan yang mempunyai anak, kebiasaannya si kecil itu akan tinggal dan diuruskan oleh ibu mereka sendiri.

Jarang sekali kedengaran seorang suami atau bapa yang menguruskan cahaya mata tersayang apatah lagi si kecil baru sahaja dilahirkan di dunia ini.

Enggan Susahkan Isteri, Lelaki Jaga Anak Seorang Diri

Namun baru-baru ini, seorang lelaki menjadi perhatian apabila dia sanggup menjaga anak kesayangannya seorang diri sejak si kecil itu berusia tiga bulan.

Kisah itu dikongsikan oleh lelaki yang dikenali sebagai Wan yang juga seorang guru di TikTok miliknya @wannaja97.

Kongsi Wan menerusi hantaran tersebut, dia meluahkan rasa syukur kerana dapat melihat anak lelaki yang diberi nama Hud itu membesar di hadapannya.

Malah, Wan yang mengajar di Pulau Tioman, Pahang menjelaskan dia memilih untuk menjaga sendiri bayinya kerana enggan menyusahkan isterinya.

Apatah lagi, tempat kerja isterinya lebih jauh iaitu di Kudat, Sabah dan mengambil masa berjam-jam lamanya.

“Abi terpaksa beranikan diri untuk bawa dan jaga adik di pedalaman ni walaupun banyak kekurangan. Kalau ikut mamanya nak bawak anak ke Sabah, tapi Abinya tak bagi.

“Sebelum abi putuskan nak jaga dan bawa adik, pelbagai reaksi dari semua orang termasuk mama abah sebab tak percaya orang lelaki ni boleh ke jaga anak ye.

“Sebab nak jaga baby newborn bukan senang. Tapi tak tahu la macam mana Allah bagi kekuatan dan keyakinan tu untuk jaga anak sendiri seorang diri.

“Tapi, Alhamdulillah hasilnya membanggakan dan baik, Hud anak yang sangat memahami keadaan abi dan mamanya.

“Setiap bulan wajib keluar pulau untuk jumpa dengan mamanya di tempat persinggahan kami di Airport Senai, Johor,” kongsinya menerusi ruang kapsyen.

Terpaksa Tempuh Pelbagai Cabaran Ketika Besarkan Anak Seorang Diri

Kongsi Wan kepada BuzzKini, pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuh sepanjang menjaga dan membesar anaknya yang kini berusia 10 bulan.

“Antara cabaran saya sepanjang jaga bayi ni ialah apabila saya terperangkap 2 minggu di Pulau Tioman semasa cuti sekolah bersama anak saya disebabkan feri tak boleh beroperasi kerana monsun dan ombak yang kuat.

“Dalam masa yang sama, isteri saya hanya balik kampungnya (di Terengganu) tanpa dapat jumpa anak dan suami,” jelasnya.

Malah, dia juga terpaksa menidurkan bayinya terlebih dahulu sebelum memandu seorang diri bersama si kecil dari Senai, Johor ke Jeti Tanjung Gemok, Rompin, Pahang.

“Dalam masa yang sama saya terkejar-kejar untuk beli tiket feri untuk masuk ke Pulau Tioman,” ceritanya lagi.

Rezeki Tidak Disangka, Permohonan Pertukaran Tempat Kerja Isteri Diluluskan

Takdir sudah tertulis, permohonan pertukaran tempat kerja isteri Wan akhirnya diluluskan pada Mei lalu dan berjaya mendapat tempat yang berhampiran dengannya di Pulau Tioman.

Jelas Wan yang telah menjalin hubungan jarak jauh selama empat tahun, isterinya itu akan mula melapor diri di tempat baharu bermula minggu hadapan.

@wannaja97

Rezeki Abi dapat tengok anak membesar depan mata dari mula dapat meniarap, dapat merangkak, dah boleh makan dan sampai baby abi dapat bertatih. Alhamdulillah. Abi terpaksa beranikan diri untuk bawa dan jaga adik di pedalaman ni walaupun banyak kekurangan. Kalau ikut mamanya nak bawak anak ke Sabah, tapi Abinya tak bagi. Sebelum abi putuskan nak jaga dan bawa adik, pelbagai reaksi dari semua orang termasuk ma abah sebab tak percaya orang laki ni boleh ke jaga anak ye😅. Sebab nak jaga baby newborn bukan senang. Tapi tak tau lar macam mana Allah bagi kekuatan dan keyakinan tu untuk jaga anak sendiri seorang diri. Tapi, Alhamdulillah hasilnya membanggakan dan baik, Hud anak yang sangat memahami keadaan abi dan mamanya. Setiap bulan wajib keluar pulau untuk jumpa dengan mamanya di tempat persinggahan kami di Airport Senai. Bulan Mei, rezeki yang tak disangka-sangka. Keputusan eg tukar sangat menenangkan hati semua. Alhamdulillah mama dapat pindah tinggal bersama dah. Simpan sini video kesayangan abi dari dia umur 3 bulan sampai 10 bulan bersama dengan abi. @Nur Ain #berdamaidengantakdir

♬ MANGU Fourtwenty – Alottu

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Kagum Lihat Kegigihan Lelaki Besarkan Anak Kecil Seorang Diri

Perkongsian yang telah mendapat lebih 398,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang kagum melihat kegigihan dan semangat lelaki itu dalam membesarkan anaknya yang masih kecil itu.

Apatah lagi, keputusan itu dibuat oleh lelaki itu sendiri yang enggan menyusahkan isterinya.

Bukan itu sahaja, ada pengguna media sosial terutamanya lelaki turut berkongsi pengalaman sama menjaga anak sendiri.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Tahniah Tuan, Sesungguhnya Wujud Lelaki & Bapa Yang Bertanggungjawab”

image is not available

“Suami Saya Pun Start Jaga Anak Sejak Usia 3 Bulan Hingga 2 Tahun. Semoga Syurga Buat Suamiku & Suami Yang Lain Juga”

image is not available

“Alhamdulillah. Ada Juga Wakil Bapa Yang Sanggup Berkorban Jaga & Besarkan Anak Ketika PJJ”

image is not available

“Hebatnya Seorang Ayah Jaga Baby Sorang-Sorang, Hebat Juga Seorang Ibu Boleh Tahan Rindu Berjauhan Dengan Keluarga”

image is not available

Source: