“Kami Tiada Pendapatan Atau Pencen” – Atok Jaga 4 Cucu Luah Anak Hanya Beri RM400 Sebulan

LocalFamily & Parenting
13 Jun 2025 • 4:31 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Di zaman ini, boleh dikatakan hampir kebanyakan pasangan suami isteri masing-masing bekerja dan mempunyai kekangan masa.

Susulan itu, tidak hairan lah jika kebanyakan ibu bapa akan menghantar anak-anak mereka terutamanya yang masih kecil kepada pengasuh.

Namun, ada juga sesetengah orang tua yang mengambil alih tugas menjaga cucu ketika anak dan menantunya sedang bekerja.

Atuk luah kena jaga 4 orang cucu sejak 9 tahun

Pun begitu, baru-baru ini tular di media sosial luahan seorang warga emas yang terpaksa menjaga empat orang cucu sejak sembilan tahun lalu.

Menerusi tangkap layar luahan warga emas tersebutu yang dikongsikan di akaun Threads @n4zhym, dia menjaga cucunya yang berusia sembilan, tujuh, tiga dan dua tahun bersama isterinya.

“Kalau korang yang muda pun penat nak jaga anak inikan pula atuk dan nenek nak jaga cucu. Tolong lah fikir logik jangan fikir nak mudahkan diri sendiri sahaja,” tulis di kapsyen.

Jaga 4 cucu tapi anak dan menantu hanya bagi RM400 sebulan

Menurut warga emas itu, anak dan menantunya yang masing-masing bekerja hanya memberi RM400 sebulan.

Jelasnya, wang tersebut tidak mencukupi kerana duit tersebut digunakan untuk membeli ‘jajan’ kepada cucu, barang makanan, bayaran bil elektrik sekitar RM300 sebulan.

“Beli susu, belanja sekolah, tambang bas, pampers anak, ansuran kereta ditanggung isteri, sedangkan kami tiada pendapatan atau pencen,” luah atok itu lagi.

Netizen pakat kritik, sifatkan anak ambil kesempatan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial bersimpati dengan nasib warga emas serta isterinya itu yang harus menjaga empat orang cucu.

Kebanyakan netizen juga mengkritik anak dan menantu warga emas itu kerana disifatkan mereka sebagai mengambil kesempatan.

Korang rasa berbaloi ke jaga empat budak dan hanya diberi RM400 sebulan?

“Bukan tanggungjawab atok nenek nak bela (cucu)”

image is not available

“Selalu yang hantar dekat mak ayah ni sebab tak nak bayar pengasuh mahal”

image is not available

image is not available

“Sampai hati kulikan mak ayah”

image is not available