Bersama bakal kemuka calon bayangan PRU ke -16

LocalPolitics
12 Aug 2026 • 4:32 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bersama bakal kemuka calon bayangan PRU ke -16

PUCHONG: Parti Bersama Malaysia (Bersama) akan memperkenalkan kumpulan calon bayangan terdiri daripada tokoh dikenal pasti untuk diberi mandat sebagai calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 akan datang.

Pemimpin Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, kumpulan itu turut berperanan menyusun persediaan parti di kerusi yang bakal ditandingi, termasuk menilai kesesuaian calon dengan kawasan masing-masing.

Katanya, pendekatan berkenaan membolehkan Bersama menampilkan calon lebih awal berbanding parti lain, sekali gus memberi gambaran jelas kepada pengundi mengenai tawaran parti.

“Calon bayangan itu akan ditapis berdasarkan kesesuaian kawasan, selain mengambil kira latar belakang, pengalaman dan kemampuan mereka membawa agenda Bersama,” katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Bersama, hari ini.

Tambah Rafizi, Bersama kini memasuki fasa perkembangan baharu yang memerlukan lebih ramai pimpinan berpengalaman untuk menggerakkan dan menguruskan parti secara lebih tersusun.

Katanya, Bersama turut memperkenalkan tujuh jurucakap Bersama bagi memperkukuh struktur serta pengurusan parti di semua peringkat.

“Jurucakap yang diperkenalkan mempunyai latar belakang dalam ekonomi, perbankan, kejuruteraan, undang-undang, media serta kerja kemasyarakatan.

“Kepelbagaian latar belakang berkenaan, katanya, mencerminkan usaha Bersama membentuk barisan calon yang mempunyai kepakaran sesuai dengan keperluan masyarakat,” katanya. –UTUSAN

The post Bersama bakal kemuka calon bayangan PRU ke -16 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved