‘BERSATU nak bentuk gabungan baharu? Automatik keluar PN’ – Abdul Hadi

LocalPolitics
7 Aug 2026 • 11:52 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak lagi dianggap sebagai sebahagian daripada Perikatan Nasional (PN) selepas Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan hasrat untuk menubuhkan gabungan politik baharu.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, berdasarkan Perlembagaan PN, mana-mana parti yang memilih untuk menyertai atau membentuk gabungan lain secara automatik tidak lagi menjadi ahli gabungan itu.

“Dia (BERSATU) sudah membuat kenyataan hendak tubuh satu pasukan lain, dengan sendirinya automatik dia keluar daripada PN,” katanya selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila, di Marang hari ini.
Image from: ‘BERSATU nak bentuk gabungan baharu? Automatik keluar PN’ – Abdul Hadi

Foto arkib: FB Abdul Hadi Awang

Beliau turut menjelaskan PN tidak perlu mengeluarkan sebarang surat atau notis rasmi berhubung kedudukan BERSATU kerana perkara itu sudah diperuntukkan dalam perlembagaan gabungan tersebut.

“Saya tidak perlu surat rasmi. Perlembagaan kita pun bila orang masuk parti lain, maka keluarlah,” ujarnya.

Sebelum ini, Muhyiddin dilaporkan mengumumkan BERSATU akan membentuk sebuah gabungan politik baharu yang disifatkannya lebih kukuh bersama beberapa parti lain selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Image from: ‘BERSATU nak bentuk gabungan baharu? Automatik keluar PN’ – Abdul Hadi

Foto: NSTP/AHMAD UKASYAH

Menurut beliau, gabungan berkenaan dijangka melibatkan beberapa parti di bawah Ikatan Prihatin Rakyat (IPR), termasuk Putra dan Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (URIMAI).

Sumber: Utusan Malaysia (Mohd Shariza Abdullah)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved