Besi jalan terangkat punca Honda City terbalik, guru wanita cedera

LocalCars
11 Sep 2026 • 4:59 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Besi jalan terangkat punca Honda City terbalik, guru wanita cedera

PETALING JAYA – Gara-gara besi jalan yang terangkat dan dipercayai tidak diselenggara dengan baik, sebuah Honda City hilang kawalan sebelum terbalik di Jalan Gasing/Jalan Templer di sini, pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 7.10 pagi itu berlaku di hadapan sebuah stesen minyaK ketika kereta berkenaan dipandu seorang guru wanita berusia 46 tahun.

Jurucakap Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berkata, berdasarkan siasatan awal, tayar sebelah kiri Honda City tersebut dipercayai terpijak besi jalan yang terangkat sebelum bahagian bawah kenderaan terkena objek berkenaan.

“Keadaan itu menyebabkan pemandunya gagal mengawal kenderaan sebelum kereta tersebut terbalik.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada besi jalan berkenaan yang tidak diselenggara dengan baik sehingga mengakibatkan pemandu tidak dapat mengawal kenderaan dengan sempurna,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan itu, akibat kejadian, wanita terbabit mengalami luka pada kaki kanan selepas terkena serpihan kaca dan mendapatkan rawatan di Hospital Assunta.

Kenderaan mangsa kemudian dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.

Kes diklasifikasikan di bawah Kaedah 10, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 166/59. – KOSMO! ONLINE

The post Besi jalan terangkat punca Honda City terbalik, guru wanita cedera appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved