“Biadab!” – Ramai Minta Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Terhadap Individu Sunting Video Wanita Menari Ketika Tun M Sedang Bersedih

30 Sep 2026 • 11:41 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada 28 September Malaysia dikejutkan dengan berita Tun Dr Siti Hasmah atau nama sebenarnya Tun Dr Hasmah Mohamad Ali yang telah kembali ke rahmatullah di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Berita itu membuatkan seluruh rakyat Malaysia turut bersedih apatah lagi melihat keadaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersedih ketika melihat jenazah isteri tercintanya buat kali terakhir.

Ada akaun di TikTok sunting video Tun M bersedih dengan wanita menari

Namun ada individu yang bersikap biadab apabila menyunting video negarawan ini dengan memaparkan ada wanita yang sedang menari di sebelahnya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna di Threads, terdapat satu akaun di TikTok yang memuat naik video memaparkan keadaan Tun M yang sedang berada di sebelah jenazah Tun Dr Hasmah.

Menari dengan pakaian seksi, siap sunting video Tun M menari sewaktu berdoa

Dalam video sama turut terdapat seorang wanita yang sedang menari-nari di sebelah kanan dengan pakaian seksi. Malah foto itu dipercayai telah diambil dari akhbar lain sebelum disunting dengan perkara tidak sepatutnya.

Manakala dalam satu lagi rakaman dikongsikan, kelihatan individu itu menyunting momen ketika Tun M sedang mengangkat tangan untuk berdoa dengan aksi sedang menari sambil duduk di atas kerusi roda.

Dilihat dari hasil video berkenaan ia dipercayai telah disunting dengan menggunakan artificial intelligence (AI).

“Datuk Seri Fahmi Fadzil (Menteri Komunikasi), tolong buat kerja. Zalim sangat dah ni,” kata pengguna akaun itu.

Image from: “Biadab!” – Ramai Minta Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Terhadap Individu Sunting Video Wanita Menari Ketika Tun M Sedang Bersedih

Ramai kritik dan kecam perbuatan yang disifatkan kurang ajar dan tak menghormati Tun M

Tindakan tidak bertanggungjawab individu itu turut mengundang rasa kurang senang di kalangan netizen di Threads.

Ada juga yang berpendapat akaun yang menyunting video Tun M itu adalah akaun palsu dan kerana itu berani melakukan tindakan sedemikian.

Ada yang nak buat laporan polis terhadap video suntingan itu

Tidak kurang ada yang menyifatkan ia satu perbuatan biadap dan melampau kerana tidak mempunyai empati apabila menyunting video sedemikian di kala Tun M sedang bersedih dengan pemergian insan tercinta.

Malah ada yang mahu membuat laporan polis berhubung suntingan video itu.

Ramai yang meminta pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC), polis dan pihak berkaitan untuk mengambil tindakan segera terhadap pemilik akaun TikTok terbabit.

Menerusi semakan kami di TikTok akaun terbabit tidak lagi dijumpai di platform berkenaan.

“Biadab!”

Image from: “Biadab!” – Ramai Minta Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Terhadap Individu Sunting Video Wanita Menari Ketika Tun M Sedang Bersedih

“Jangan padam, kejap lagi aku nak pergi balai polis buat report. Melampau”

Image from: “Biadab!” – Ramai Minta Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Terhadap Individu Sunting Video Wanita Menari Ketika Tun M Sedang Bersedih

“Contoh keburukan kemajuan teknologi. Lebih buruk akan mendatang”

Image from: “Biadab!” – Ramai Minta Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Terhadap Individu Sunting Video Wanita Menari Ketika Tun M Sedang Bersedih

“Kita boleh ada berlainan pendapat tapi kita tak boleh tak ada adab. Bila tak ada adab maka akhlak dan peribadi kita pun bukan elok mana.”

Image from: “Biadab!” – Ramai Minta Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Terhadap Individu Sunting Video Wanita Menari Ketika Tun M Sedang Bersedih

“Biadab! Tolong pihak berwajib ambil tindakan”

Image from: “Biadab!” – Ramai Minta Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Terhadap Individu Sunting Video Wanita Menari Ketika Tun M Sedang Bersedih
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved