Bijak Cipta Peluang, Lelaki OKU Pungut Sampah Rumah Ke Rumah Hingga Mampu Miliki Simpanan

12 Aug 2026 • 2:18 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Bijak Cipta Peluang, Lelaki OKU Pungut Sampah Rumah Ke Rumah Hingga Mampu Miliki Simpanan

Peluang mencari rezeki yang halal ada di mana-mana, cuma kita sendiri yang menentukan sama ada mahu mengambilnya atau membiarkannya berlalu begitu sahaja.

Begitulah kisah seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dikongsikan oleh @fyfyfiezaofficial di Threads, apabila dia dilihat bijak memanfaatkan peluang yang ada untuk mencari rezeki.

Menurut @fyfyfiezaofficial, berdekatan dengan rumah ibu mentuanya terdapat sebuah tong sampah besar yang digunakan oleh penduduk kampung untuk membuang sampah.

Bagaimanapun, tong sampah tersebut terpaksa dialihkan selepas pemilik tanah berkenaan mahu membina rumah di atas tanahnya.

Masalah mula timbul apabila tiada kawasan kosong berdekatan yang sesuai untuk menempatkan tong sampah tersebut.

Akibatnya, tong sampah berkenaan terpaksa dipindahkan ke lokasi yang lebih jauh dari kawasan rumah penduduk.

"Dulu 100 meter dari rumah ibu mentua ada satu tong sampah besar. Orang-orang kampung semua buang sampah dekat istu.

"Satu hari, pemilik tanah nak buat rumah. Jadi dia tak nak la orang buang sampah kat situ lagi. Jadinya, tong sampah tu terpaksa dialihkan.

"Masalahnya tak ada tanah kosong sekitar situ. Jadinya tong sampah besar tu terpaksa dialihkan tempat lebih jauh.

"Jauh sangat-sangat ye. Orang kampung mula merunggut sebab susah nak buang sampah," katanya.

Susulan masalah itu, penduduk kampung mula mengumpulkan sampah di hadapan rumah masing-masing sebelum membuangnya sekaligus.

Bagaimanapun, tindakan tersebut turut menimbulkan masalah apabila sampah yang dikumpulkan sering disepahkan oleh anjing atau biawak.

Walaupun ramai melihat keadaan itu sebagai satu masalah, seorang lelaki OKU yang mempunyai masalah pembelajaran pula melihatnya sebagai satu peluang untuk mencari rezeki.

Lelaki OKU Pungut Sampah Rumah Ke Rumah

Menurut @fyfyfiezaofficial, lelaki OKU tersebut sukar mendapat pekerjaan kerana kekurangannya dan sebelum ini hanya bergantung kepada bantuan.

Ujarnya, lelaki berkenaan mempunyai sebuah motosikal sebelum mengumpul wang untuk membeli sebuah raga khas yang dipasang pada motosikalnya.

Setelah semuanya tersedia, dia mula pergi dari satu rumah ke satu rumah untuk menawarkan bantuan membuang sampah dengan bayaran seikhlas hati daripada penduduk.

"Bila orang dah mula kenal, dia tak perlu ketuk pintu ke pintu pun, orang akan letak sampah depan rumah. Dengar motor dia je, orang akan keluar hulur duit.

"Orang kampung gembira sangat sebab isu sampah dah selesai," @fyfyfiezaofficial.

Baca juga:

Walaupun dia hanya meminta upah seikhlas hati, ada juga individu yang mengambil kesempatan dengan membayar RM1 sahaja walaupun memberikan sampah dalam jumlah yang banyak untuk dibuang.

"Tapi dia bijak tau, dia tak pergi rumah tu lagi. Dia kan lurus orangnya. Bila dia bercerita, makcik pakcik mesyuarat tingkap marah la, katanya jangan ambik upah RM1 kalau sampah banyak.

"Dah la makan ruang. Pendekkan cerita, sekarang pakcik OKU tu dah boleh beli motor baru cash, siap ada saving RM7k lagi. Alhamdulillah," katanya.

Melihat ke ruangan komen, ramai warga maya memuji kebijaksanaan lelaki tersebut di samping turut mendoakan agar urusannya dipermudahkan dan rezekinya terus dilapangkan.

Kisahnya juga menjadi bukti bahawa kekurangan bukan penghalang untuk seseorang berusaha mencari rezeki, malah peluang boleh dicipta apabila kita berani mengambil inisiatif.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved