Bina Puri catat kerugian bersih RM109.2 juta bagi 23MFY26 namun hasil cecah RM466 juta

LocalBusiness & Finance
4 Aug 2026 • 3:00 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Bina Puri catat kerugian bersih RM109.2 juta bagi 23MFY26 namun hasil cecah RM466 juta Image from: Bina Puri catat kerugian bersih RM109.2 juta bagi 23MFY26 namun hasil cecah RM466 juta amree04/08/2026 - 15:00 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 4 OgosBina Puri Holdings Berhad mencatatkan kerugian bersih sebanyak 109.2 juta bagi tempoh 23 bulan berakhir 31 Mei 2026 (23MFY26), yang direkodkan bermula dari 1 Julai 2024.

 

Menurut makluman kumpulan tersebut kepada Bursa Malaysia, perkembangan lemah itu berpunca terutama daripada perakaunan kerugian rosak nilai yang dicatatkan sepanjang tempoh kumulatif berkenaan.

 

Bagi tempoh suku dua bulan yang juga berakhir 31 Mei 2026, kumpulan melaporkan kerugian bersih sebanyak RM41.4 juta, namun mencatatkan pendapatan mencecah RM50.6 juta sepanjang tempoh itu.

 

 

 

 

 

"Sekiranya diambil kira keseluruhan 23 bulan, jumlah hasil terkumpul ialah RM466.5 juta, meskipun masih mencatatkan kerugian rosak nilai kira-kira RM66.5 juta ke atas pelbagai hasil belum terima," kata Bina Puri.

 

Tempoh 23 bulan ini berlaku disebabkan perubahan tarikh akhir tahun kewangan kumpulan sebanyak dua kali, iaitu daripada 30 Jun kepada 31 Disember, dan kemudiannya ditukar sekali lagi kepada 31 Mei.

 

Dari segi pecahan segmen bagi tempoh tersebut, segmen pembinaan mencatatkan kerugian sebelum cukai (LBT) sebanyak RM78.0 juta, manakala segmen hartanah pula merekodkan LBT sebanyak RM10.3 juta.

 

Bina Puri_DagangNews2026

 

Ujar kumpulan berkenaan, segmen bekalan tenaga menyumbang LBT sebanyak RM5.0 juta tetapi meraih pendapatan sebanyak RM15.9 juta berikutan daripada projek pembekalan elektrik di pasaran Indonesia.

 

Meskipun berdepan cabaran kos buruh dan bahan binaan yang meningkat, Bina Puri kekal positif terhadap prestasi masa hadapan, terutamanya dengan peluang projek infrastruktur di Sarawak.

 

"Selain itu, kumpulan memaklumkan bahawa cadangan skim penyusunan semula sudah mendapat kelulusan prinsip daripada sekurang-kurangnya 75% pemberi pinjaman yang mengambil bahagian," katanya.

 

 

 

 

 

 

Perkembangan terbaharu itu jelasnya, bakal menjadikannya mengikat kumpulan berkenaan di bawah Kod Tingkah Laku Jawatankuasa Penstrukturan Semula Hutang Korporat (CDRC) apabila dilaksanakan kelak.

 

Berdasarkan situasi sepanjang tempoh 23MFY26, Lembaga Pengarah Bina Puri berpandangan tiada dividen dicadangkan bagi suku kewangan yang dilaporkan ini. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved