Hasil mTouche Technology susut kepada RM15 juta bagi 18MFPE26 akibat jualan lebih rendah

Business & Finance
4 Aug 2026 • 5:40 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Hasil mTouche Technology susut kepada RM15 juta bagi 18MFPE26 akibat jualan lebih rendah Image from: Hasil mTouche Technology susut kepada RM15 juta bagi 18MFPE26 akibat jualan lebih rendah amree04/08/2026 - 17:40 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 4 OgosmTouche Technology Berhad mencatatkan hasil RM15 juta, susut kira-kira 1.3% berpunca akibat jualan dagangan produk teknologi maklumat (IT) yang rendah oleh anak syarikatnya.

 

Kumpulan berkenaan dalam makluman kepada bursa Malaysia turut mencatatkan kerugian bersih yang naik kira-kira 82.5% kepada sebanyak RM27.4 juta bagi tempoh kewangan 18 bulan berakhir 31 Mac 2026.

 

Peningkatan ketara ini disebabkan terutamanya oleh peningkatan kerugian susut nilai ke atas penghutang lain sebanyak RM3.0 juta, serta kos susut nilai yang lebih tinggi sebanyak RM2.7 juta.

 

"Selain itu, penyedia perkhidmatan nilai tambah mudah alih yang ditubuhkan sejak 2002 ini turut mengalami kerugian daripada pelupusan beberapa anak syarikat berjumlah RM4.9 juta," jelas mTouche.

 

Walaupun pendapatan merosot, keuntungan kasar meningkat 80.6% kepada RM3.6 juta didorong margin keuntungan tinggi daripada segmen perkhidmatan nilai tambah serta inisiatif pengoptimuman kos.

mTouche_DagangNews2026

 

Mengulas mengenai prestasi pasaran, kumpulan itu menambah, pasaran teras di Malaysia dan Thailand adalah kekal matang serta terus menyumbang kepada pendapatan yang lebih stabil secara konsisten.

 

Projek pusat kesihatan dan kesejahteraan di Troika KLCC buat masa ini namun ditunda mTouche bagi menilai semula tawaran perkhidmatan berikutan kelembapan sektor dan persaingan yang amat sengit.

 

"Kedudukan tunai dan baki bank kumpulan menurun kepada RM11.0 juta, berbanding RM33.0 juta pada September 2024, sebahagian besar disebabkan aliran keluar tunai bagi pelbagai aktiviti," katanya.

 

Pihak pengurusan jelasnya, namun masih lagi kekal yakin bahawa kumpulan berkenaan mempunyai modal kerja yang mencukupi untuk dapat memenuhi keperluan perniagaan dengan segera tanpa masalah besar. 

 

Bagaimanapun, Lembaga Pengarah mTouche tidak mencadangkan sebarang dividen bagi mengekalkan dana  masa depan dan mendepani tekanan pasaran serta kelembapan ekonomi. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved