
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pejam celik tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya.
Tak dinafikan pasti ramai yang rasa seronok nak meraikan lebaran ini, yelah lepas sebulan berpuasa pelbagai persiapan juga dah disediakan seperti baju, kasut dan macam-macam lagi.
Antara perkara lain yang sering menjadi perhatian sewaktu raya sudah tentunya biskut raya. Bak kata orang jika tiada biskut raya ni, tak lengkaplah.
Ada yang mengambil inisiatif untuk membeli dek kerana kekangan masa ada juga yang membuatnya sendiri. Bahkan ada juga yang kreatif dengan menghasilkan biskut yang luar daripada kebiasaan.
Lelaki kongsi biskut Sambal Udang Petai sempena hari raya
Baru-baru ini, seorang lelaki telah menjadi perhatian apabila dia berkongsi resipi membuat biskut Sambal Udang Petai bersempena hari raya.
Hmm bunyinya memang sedikit janggal dan pasti ramai yang cuba membayangkan bagaimanakah rasa biskut yang kebiasaannya manis bertukar menjadi ‘savory’ seperti lauk sambal udang petai.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Ikmal Zulkifli (@ikmlzlkfli) di TikTok, untuk membuat biskut berkenaan kelihatan pada mula dia memasukkan mentega dan juga gula kastor.
Tunjuk satu per satu bahan yang diperlukan
Kedua bahan itu kemudiannya diadun sebati sehingga tekstur menjadi berkrim. Sebaik mendapat tekstur begitu, Ikmal kemudiannya meletakkan satu sudu cili kisar, hirisan petai serta isi udang yang sudah direbus dan dicincang kasar.
Menurut Ikmal jika nak lebih mudah, orang ramai boleh menggunakan udang kering.
Adunan tadi kemudiannya diadun sehingga sebati sebelum Ikmal memasukkan tepung gandum, tepung jagung serta sedikit soda bikarbonat.
Katanya lagi, selepas diadun sebati pastikan doh diuli sehingga ia tidak melekat pada tangan.
Kemudian bentukkan mengikut cara yang disukai sebelum biskut dibakar di dalam ketuhar pada suhu 170 ℃ selama 15 minit.
@ikmlzlkfli Biskut Raya Sambal Udang Petai Tetamu yang degil tu memang wajib hidangkan kuih ni #malcaks #kuihraya #biskutraya #sambaludang #hariraya
♬ Jodoh Lebaran – Last Chorus – Aisha Retno
Pernah kongsi beberapa lagi resipi biskut yang unik
Sebelum ini, Ikmal sememangnya gemar berkongsi resepi biskut yang unik antara yang pernah dibuatnya adalah biskut ayam masak lemak cili api, tomyam, dendeng nyet, ayam gepuk dan banyak lagi.
Meskipun sering berkongsi resipi yang sedikit pelik namun unik, Ikmal bagaimanapun tidak memaklumkan bagaimana rasa biskut-biskut yang dibuatnya itu.
Perkongsian resipi itu mungkin sekadar suka-suka daripada Ikmal yang hanya ingin mengekspresi kesenian dalam makanan.
@ikmlzlkfli Biskut Raya Tomyam Shedap makan masa tengok tv Jangan lupa buat! #malcaks #myfoodie #rancakraya #hariraya #kuihraya #tomyam #thailand
♬ Rancak Raya – Chorus – Fatia & Izzue Islam & Khai Bahar & Razmansyah
@ikmlzlkfli Biskut Raya Ayam Gepuk Khas untuk jiran terchinta🫶 #malcaks #ayamgepuk #ayamgepukpakgembus #ayamgepuktopglobal #kuihraya #kuihraya2023 #raya2023 #hariraya #inspirasiraya #kasihiautism
♬ Suasana Hari Raya cover by NUiM – NUiM
@ikmlzlkfli Biskut Raya Ayam Masak Lemak Cili Padi Wajib buat untuk tetamu yang tak reti balik🫣 #malcaks #kuihraya #biskutraya #masaklemakcilipadi #ayam #hariraya #aidilfitri
Ramai sifatkan ia biskut Yaya dalam cerita Boboiboy
Melihat di ruangan komen, ramai menyifatkan perkongsian resipi biskut Sambal Udang Petai itu seperti watak Yaya dalam animasi bersiri Boboiboy.
Tidak kurang ada yang berseloroh adakah Ikmal merupakan sepupu kepada watak berkenaan dek kerana minat yang gemar membuat biskut unik.
Ada juga mengatakan awalnya mereka sangka ia adalah biskut cendol kerana kelihatan hijau pada permukaan sebelum mengetahui ia sebenarnya petai.
“Lowkey teringin nak cuba buat”

“Letak cili hiris sedap ni, sesuai bagi makan makcik-makcik bawang di hari raya”

“Biskut Yaya dalam Boboiboy in real life”


![Pakcik Jual Aiskrim Buat Ramai Kenang Momen Waktu Kecil, Rupanya Ada Beli Sejak Zaman Sekolah [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)


