
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Aiskrim merupakan salah satu makanan pencuci mulut atau manisan yang sering menjadi pilihan setiap kategori umur.
Tidak kiralah tua, muda mahupun kanak-kanak pasti ramai yang gemarkannya, malah setiap di antara kita tentunya ada perisa tertentu yang disukai.
Jika zaman kecil dahulu, pantang sahaja dengan loceng atau lagu dari orang yang membawa motosikal lalu pasti kita dah tahu itu adalah orang menjual aiskrim.
Pakcik jual aiskrim raih perhatian ramai
Baru-baru ini, seorang pakcik yang juga menjalankan perniagaan aiskrim menggunakan motosikal di Senawang, Negeri Sembilan telah menarik perhatian ramai.
Siapa sangka, kewujudan perniagaan aiskrim pakcik ini masih menjadi memori buat pelanggannya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Nazrizal (@tuannazrizal) di TikTok yang juga anak kepada pakcik yang menjual aiskrim berkenaan, kelihatan warga emas ini berada di Uptown Dataran Senawang untuk berniaga.
Aiskrim yang dijual sentiasa mendapat perhatian ramai pelanggan
Dalam video yang dikongsikan, kelihatan pakcik berkenaan masih menggunakan motosikal untuk menjual aiskrim.
Turut tertera pada motosikal yang dibawa pelekat memaklumkan dia merupakan penunggang Orang Kurang Upaya (OKU).
Meskipun hanya menjual aiskrim menggunakan motosikal namun dia sentiasa mendapat kunjungan daripada orang ramai.
Kata Nazrizal, dia telah berkunjung ke tempat ayahnya berniaga untuk melihat keadaan insan tersayang itu.
“Malam tadi pergi Uptown Dataran Senawang ada singgah dekat ayah. Alhamdulillah ramai betul orang-orang datang beli dan support jualan ayah. Tengok ayah bahagia betul dia, tapi tahu ayah mesti penat,” katanya.
@tuan_nazrizal mlm tadi pergi uptown dataran senawang ada singgah kt ayah. alhamdulillah ramai btl org² dtg beli & support jualan ayah. tgk ayah bahagia btl dia, tp tahu ayah mesti penat. #aiscreamkacang #dataransenawang #viral #fyp #ayahku
♬ original sound – Tuan Nazrizal – Tuan Nazrizal
Ramai kenang momen waktu kecil, rupanya ada yang membeli sejak sekolah rendah
Di ruangan komen, ramai pelanggan pakcik ini yang terkenang momen mereka sewaktu kecil.
Ada yang mengatakan ketika berada di sekolah rendah, mereka sering membeli aiskrim daripadanya.
Malah ada juga mengatakan mereka pernah mendapat aiskrim secara percuma daripada pakcik terbabit dek kerana tidak cukup duit untuk membuat pembayaran.
Tidak kurang ada yang mengatakan mereka membeli aiskrim dengan pakcik sejak dari kecil dan siapa sangka apabila sudah berkeluarga mereka masih membeli pada insan yang sama untuk anak-anak pula.
“Teringat masa sekolah rendah, balik je mesti lari beli aiskrim dekat pakcik ni, sekarang dah besar masih teringat pakcik ni sebab apa? Dulu duit tak cukup pakcik bagi je free, terima kasih pakcik. Semoga dimurahkan rezeki selalu, sihat selalu.”

“Sumpah teringat masa sekolah dekat Taman Marida. Masa tu baru darjah berapa, acik lah yang hari-hari saya beli aiskrim. Sekarang saya dah ada anak sorang cik, tapi mak saya pun kata dari zaman dia dah ada..”

“Setiap hari minggu atok berniaga, selalu pusing taman saya. Jika sempat saya mesti beli banyak sekali niat bersedekah. Kesian atok ni. Sebelum ni atok alami kemalangan. Allah sentiasa lindunginya. Mohon sama-sama support atok bulan puasa ni.”


![“Biskut Yaya Boboiboy In Real Life”- Lelaki Kongsi Buat Biskut Sambal Udang Petai Untuk Raya [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cooking.jpeg)