“Depan masjid pun jadi gelanggang” – Tular Video Mat Motor ‘Bergasak’ Waktu Sahur

LocalPolitics
15 Mar 2026 • 3:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Pagi tadi, tular di media sosial satu video memaparkan sekumpulan ‘mat motor’ bergaduh di hadapan sebuah masjid di Tangga Batu, Melaka ketika waktu sahur.

Dalam rakaman berdurasi lebih seminit itu, kelihatan sekumpulan individu saling menyerang sehingga ada yang menggunakan topi keledar sebagai senjata.

Malah, seorang lelaki dilihat dihentak beberapa kali dengan topi keledar sebelum rebah dan terbaring tidak sedarkan diri di atas jalan.

image is not available
Tangkap layar video tular di laman sosial.

Artikel berkaitan: Bergaduh Sebab Berebut Beg Aliff Syukri, Nad Zainal Minta 2 Wanita Masuk Kelas Lakonan

Artikel berkaitan: Polis Siasat Kejadian 5 Wanita Bergaduh Di Sebuah Taman Perumahan

Difahamkan, pergaduhan yang melibatkan kira-kira 20 individu itu dipercayai tercetus selepas salah seorang daripada mereka dituduh terlibat dalam kes kecurian motosikal.

Sementara itu, menurut laporan Sinar Harian, pihak polis memaklumkan kes berkenaan kini sedang disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka.

Kredit: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.