BN Buat Kajian Terperinci Sebelum Putuskan Kerjasama Bagi PRN Melaka - Ahmad Zahid

LocalPolitics
23 Aug 2026 • 4:12 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

BN Buat Kajian Terperinci Sebelum Putuskan Kerjasama Bagi PRN Melaka - Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) sedang menjalankan kajian terperinci berhubung kemungkinan kerjasama dengan mana-mana gabungan parti politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata sebarang keputusan mengenainya akan dibuat oleh kepimpinan BN Melaka dan dimuktamadkan pada peringkat pusat.

“Sentimen akar umbi bercampur-campur. Jadi, kita lakukan kajian terperinci.

“Itu akan diputuskan oleh Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan keputusan itu akan dimuktamadkan oleh kepimpinan UMNO dan BN pada peringkat pusat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Menteri dan Ketua Pegawai Eksekutif Ekspo Pelancongan dan Perdagangan Islam Sedunia (WITEX) 2026, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.

Baca juga:

Sebelum ini, Ahmad Zahid memberikan kuasa kepada Ab Rauf yang juga Ketua Menteri Melaka untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan mana-mana gabungan parti, bagi menghadapi PRN berkenaan.

Pada PRN Melaka 2021, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri, manakala Pakatan Harapan memperoleh lima kerusi dan Perikatan Nasional dua kerusi.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved