Saya tidak terlibat dalam sebarang keputusan berkaitan PRN Melaka – Johari Abdul

LocalPolitics
23 Aug 2026 • 12:20 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Saya tidak terlibat dalam sebarang keputusan berkaitan PRN Melaka – Johari Abdul

KUALA LUMPUR: Persediaan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka termasuk kemungkinan bergerak solo masih belum diputuskan kerana beliau tidak terlibat dalam sebarang perbincangan mengenai perkara berkenaan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, sebarang keputusan berkaitan strategi BN pada pilihan raya negeri itu perlu dirujuk kepada pemimpin yang terlibat dalam perbincangan.

“Berkenaan perkara itu saya tidak boleh bagi komen sebab saya pun tidak terlibat dalam perbincangan tersebut, tunggulah Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka bubar baru tanya semula,” katanya pada sidang akhbar Perasmian Prog-Alpha Gen Talent @ Kemas di Arena Sukan KL, hari ini.

Tambah Johari Abdul, beliau tidak mempunyai maklumat mencukupi berhubung perkembangan perbincangan mengenai bentuk kerjasama politik yang akan digunakan BN di Melaka.

Dalam pada itu, mengulas mengenai persediaan BN menghadapi PRN Melaka, beliau meminta perkara tersebut dirujuk kepada Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Katanya, ini kerana beliau yang terlibat dalam mengendalikan 28 kerusi DUN yang bakal dipertandingkan. 

“Melaka ini, perlu tanya Datuk Rauf sebab dia yang mengendalikan 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dipertandingkan tidak lama lagi ,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan sebarang rundingan kerjasama politik bagi menghadapi PRN Melaka perlu mengambil kira realiti dan geopolitik tempatan, dan tidak semestinya menggunakan formula yang sama seperti di Johor dan Negeri Sembilan.

Beliau yang merupakan Pengerusi BN berkata, sebarang rundingan perlu melihat aspek manfaat dan mudarat bagi memastikan keputusan yang dicapai memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat dan negeri. –UTUSAN

The post Saya tidak terlibat dalam sebarang keputusan berkaitan PRN Melaka – Johari Abdul appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved