BN komited hingga habis penggal! Tak lagi bersama Kerajaan Perpaduan sebaik Parlimen bubar – Zahid

LocalPolitics
27 Sep 2026 • 1:27 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan komitmen parti itu bersama Kerajaan Perpaduan akan berakhir apabila Parlimen ke-15 dibubarkan.

“The moment (Disaat) Parlimen dibubarkan, kita tidak lagi bersama dengan mereka (Kerajaan Perpaduan),”tegas beliau.

Image from: BN komited hingga habis penggal! Tak lagi bersama Kerajaan Perpaduan sebaik Parlimen bubar – Zahid

Menurut Ahmad Zahid, BN telah membuat keputusan untuk bersama Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan akan kekal dengan komitmen berkenaan sehingga tamat penggal.

“Dalam keadaan kompleks, kita mahu satu kompas tetap. BN buat keputusan bersama kerajaan selepas PRU15, komitmen kita tetap berada di dalam kerajaan sehingga tamat penggal ke-15.
“Ketika Parlimen dibubarkan, kita tidak lagi bersama dengan mereka. Ini janji kita,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Perhimpunan Agung Tahunan Ke-18 Parti Makkal Sakti Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Image from: BN komited hingga habis penggal! Tak lagi bersama Kerajaan Perpaduan sebaik Parlimen bubar – Zahid

Ahmad Zahid menjelaskan komitmen itu merupakan janji BN kepada Yang di-Pertuan Agong dan telah termeterai menerusi pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kerjasama dalam kerajaan tidak bermakna BN menyerahkan identitinya atau berhenti mempunyai pendirian sendiri.

Sumber: Astro Awani (Seth Akmal)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved