BNM, Bank Rakyat China perbaharui perjanjian pertukaran mata wang RM130 bilion sehingga 2031

LocalBusiness & Finance
7 Aug 2026 • 5:24 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

BNM, Bank Rakyat China perbaharui perjanjian pertukaran mata wang RM130 bilion sehingga 2031 Image from: BNM, Bank Rakyat China perbaharui perjanjian pertukaran mata wang RM130 bilion sehingga 2031 hamden07/08/2026 - 17:24 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Rakyat China (PBOC) memperbaharui pengaturan swap atau pertukaran mata wang dua hala bagi tempoh lima tahun bermula 2026 sehingga 2031.

 

BNM dalam satu kenyataan berkata, di bawah perjanjian baharu itu jumlah kemudahan pertukaran turut ditingkatkan kepada RMB220 bilion atau RM130 bilion berbanding had sebelum ini sebanyak RMB180 bilion atau RM110 bilion.

 

Menurut bank pusat itu, pembaharuan serta peningkatan nilai pengaturan swap berkenaan mencerminkan hubungan kerjasama yang kukuh dan berterusan antara BNM dan PBOC dalam mempertingkatkan kerjasama kewangan dua hala.

 

Perjanjian pengaturan swap mata wang antara kedua-dua bank pusat itu mula dimeterai pada 2009 sebelum diperbaharui pada 2012, 2015, 2018 dan 2021.

 

BNM berkata, kemudahan tersebut akan terus memudahkan penggunaan mata wang tempatan dalam urus niaga perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dengan China.

 

Selain itu, pengaturan berkenaan turut berperanan mengukuhkan hubungan ekonomi dan kewangan kedua-dua negara, di samping menyokong kestabilan sistem kewangan serantau.  - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved