Bola sepak jadi medan lahir bakat, satukan komuniti

LocalFootball
10 Sep 2026 • 10:11 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bola sepak jadi medan lahir bakat, satukan komuniti

PETALING JAYA: Sukan bola sepak bukan sekadar gelanggang persaingan untuk merebut kejuaraan, malah menjadi medan penting dalam mencungkil bakat baharu serta menyatukan komuniti di peringkat akar umbi.

Menerusi penganjuran Liga Bola Sepak Rakyat Pahang 1st Merebut Piala Al-Sultan Abdullah 2026, sebanyak 105 pasukan dari seluruh daerah di Pahang diberi ruang untuk mengetengahkan kebolehan masing-masing dalam saingan yang berlangsung sejak Jun lalu.

Penglibatan pasukan dari pelbagai daerah itu turut mewujudkan ruang interaksi antara pemain, penyokong dan masyarakat setempat, sekali gus menjadikan bola sepak sebagai medium yang mampu merapatkan hubungan komuniti menerusi minat dan semangat kesukanan.

Usaha berkenaan juga dilihat penting dalam memperluas peluang kepada bakat tempatan untuk mendapatkan pendedahan pertandingan secara kompetitif, khususnya kepada pemain yang sebelum ini mungkin tidak mendapat ruang mencukupi untuk menyerlah.

Liga berkenaan bakal melabuhkan tirai menerusi perlawanan akhir dan majlis penutupan di Stadium Darul Makmur, Ahad ini yang akan menentukan juara sulung Piala Al-Sultan Abdullah.

Program penutup pada 13 September itu turut menampilkan pelbagai aktiviti selain cabutan bertuah dengan sebuah Proton Saga sebagai hadiah utama.

Penganjuran kejohanan itu bukan sahaja merancakkan aktiviti sukan di peringkat masyarakat, malah berpotensi menghidupkan kegiatan ekonomi setempat menerusi kehadiran pasukan dan penyokong dari seluruh Pahang.-UTUSAN

 

The post Bola sepak jadi medan lahir bakat, satukan komuniti appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved