Wanita warga emas ditemukan maut dalam peti sejuk kafe

8 Sep 2026 • 6:11 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Wanita warga emas ditemukan maut dalam peti sejuk kafe

SEOUL: Seorang wanita berusia 60-an yang dilaporkan hilang ditemui maut di dalam sebuah peti sejuk seakan kontena berkeluasan 30 meter persegi di sebuah kafe di Paju, wilayah Gyeonggi, Korea Selatan.

Polis berkata, mayat wanita itu ditemui pada semalam selepas pihaknya mengesan lokasi telefon bimbit mangsa.

Pemilik kafe, lelaki berusia 30-an, ditahan kerana disyaki memerangkap dan membunuh wanita berkenaan. Mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap suspek pada Ahad lalu.

Mangsa dilaporkan hilang di Seoul sekitar tengah malam 4 September.

Polis kemudian mengesan lokasi telefon bimbitnya dan menemui mayat mangsa yang telah dibekukan berhampiran pintu masuk peti sejuk berkenaan kira-kira jam 2 petang pada hari sama.

Suhu di dalam peti sejuk itu dilaporkan mencecah beberapa puluh darjah Celsius di bawah sifar.

Polis mengenal pasti pemilik kafe itu sebagai suspek selepas mendapati lelaki berkenaan bersama mangsa ketika wanita itu dilaporkan hilang. Suspek ditahan di Yeongdeungpo-gu, Seoul.

Mangsa dan suspek dipercayai pertama kali bertemu di kafe berkenaan pada 3 September. Wanita itu dilaporkan berkunjung ke kafe berkenaan untuk berbincang mengenai sijil hadiah dengan suspek yang terbabit dalam urusan menukar sijil hadiah kepada wang tunai.

Penyiasat percaya suspek membawa mangsa masuk ke dalam peti sejuk selepas memberitahu sijil hadiah disimpan di situ.

Polis turut menemukan sijil hadiah gedung serbaneka palsu dengan nilai muka keseluruhan mencecah puluhan bilion won di dalam peti sejuk berkenaan.

Polis sedang menyiasat sama ada sijil palsu berkenaan mempunyai kaitan dengan pertemuan itu atau jenayah yang didakwa dilakukan.

Suspek dilaporkan mengarahkan pekerja supaya tidak datang bekerja dan menutup operasi kafe berkenaan sejak 3 September.- AGENSI

The post Wanita warga emas ditemukan maut dalam peti sejuk kafe appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved