“Boleh pilih topping”- Hidangkan Pelbagai Jenis Mi Segera Kepada Tetamu, Majlis Kahwin Di Indonesia Ini Jadi Perhatian

Entertainment
20 Jan 2024 • 11:14 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bukan mudah untuk pasangan pengantin nak buat persiapan untuk majlis kenduri kahwin kan sebab ada banyak perkara yang perlu difikirkan. Antaranya baju untuk dipakai ketika bersanding, lokasi majlis, barang hantaran dan juga menu tetamu untuk kenduri.

Namun, majlis kahwin di Indonesia ini pula membuat kelainan kerana telah menghidangkan pelbagai jenis mi segera di majlis tersebut.

Menu yang lain daripada yang lain itu telah dikongsikan menerusi akaun TikTok villa_srimanganti baru-baru ini dan sehingga kini telah meraih lebih dua juta tontonan daripada pengguna TikTok.

Dalam video yang berdurasi selama 18 saat itu, dapat dilihat bahawa booth mi segera itu telah dibuat di majlis kenduri itu.

image is not available

Di booth mi segera itu pula, dapat dilihat pelbagai jenis perisa mi segera disediakan, antaranya Indomie ayam bawang, Indomie Soto dan Indomie biasa.

Tetamu boleh pilih mana-mana perisa Indomie dan mi segera itu akan dimasak oleh staf yang sedia berkhidmat di booth itu.

Paling best, tetamu juga boleh pilih topping yang diinginkan oleh mereka dalam mi segera itu, antaranya telur, bebola daging dan sayur-sayuran.

image is not available

Rata-rata netizen bersetuju dengan idea menu hidangan mi segera itu kepada tetamu kerana ada juga yang berpendapat mi segera yang dimasak oleh orang lain automatik rasanya lebih enak berbanding dimasak sendiri di rumah.

Namun, dalam masa yang sama, ada juga yang berpendapat idea menu seperti itu tidak boleh dilakukan di kampung kerana boleh dikritik oleh jiran-jiran.

image is not available

Min rasa mi segera tu bukanlah satu-satunya menu yang dihidangkan kepada tetamu majlis kahwin itu, namun pengantin dah sediakan pelbagai gerai makanan ketika majlis, jadi tetamu boleh pilih mana-mana menu dari gerai-gerai atau booths yang disediakan tu.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.