Bomba bantu angkat lelaki 300kg ke hospital

LocalHealth & Fitness
29 Oct 2026 • 1:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Bomba bantu angkat lelaki 300kg ke hospital
Anggota bomba membantu mengangkat lelaki berkenaan untuk dibawa ke hospital. Foto bomba
Image from: Bomba bantu angkat lelaki 300kg ke hospital
Lelaki itu berada dalam keadaan sedar tetapi lemah ketika pasukan bomba tiba. Foto bomba
Image from: Bomba bantu angkat lelaki 300kg ke hospital
Anggota bomba membantu mengangkat lelaki berkenaan ke dalam ambulans sebelum dibawa ke HSJ. Foto bomba

TASEK GELUGOR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang membantu mengangkat seorang lelaki obesiti dengan anggaran berat 300 kilogram untuk dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) pada Khamis.

Lelaki berusia 26 tahun itu berada dalam keadaan sedar tetapi lemah ketika pasukan bomba tiba di kediamannya di Kampung Pokok Tampang di sini.

**media[3692867]**

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.18 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tasek Gelugor tiba di lokasi 13 minit kemudian.

Menurutnya, seramai enam anggota termasuk penyelia digerakkan ke lokasi dengan menggunakan sebuah jentera bomba dan sebuah kenderaan Emergency Medical Rescue Services (EMRS).

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) menjalankan kerja-kerja mengangkat mangsa sebelum berjaya memasukkannya ke dalam ambulans milik syarikat untuk dibawa ke HSJ.

"Mangsa dilaporkan selamat, namun masih dalam keadaan lemah ketika dibawa mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

**media[3692868]**

Beliau berkata, operasi berkenaan tamat pada jam 9.23 pagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved